Semalam, aku berpeluang pergi ke Expo Pertanian dan Konvokesyen UPM 2012 di Bukit Expo UPM. Nak info lebih lanjut, sila ske laman web UPM.
Cantik tempat ini. Ada banyak pokok pokok. Sejuk mata memandang.
Tapi sedih cz time aku pergi ni hujan turun dengan sangat lebat ok.
Alang alang datang sini, aku singgah medan selera UPM. Saja nak tengok tengok hahahaha. OMG memang ramai hahahaha. Godaan betul. . .ni kalau nak cari jodoh ni boleh je datang mana mana IPTA. Terus lekat dan kawen pun xpe. Student masih suci lagi. . .mesti xkn banyak karenah dan setia. Pengsan
Oh ya. . .salah satu point utama aku datang sini ialah untuk membeli anak anak pokok buah buahan yang boleh ditanam kat kampung nanti. Rasanya, bosan kot dok tengok kelapa sawit je. Selang selikan dengan pokok buah buahan ok gak. Aku lebih suka kebun kat rumah aku tu ditanam dengan pokok buah buahan. Nampak cantik je hahaha
Ada banyak jenis anak pokok yang dijual kat sini. Aku rasa, harganya berbaloi kot cz UPM sendiri yang buat jualan huhu. Aku tak sempat round habis cz gerimis. . . .
Aku beli anak pokok durian raja kunyit aka musang king, harum manis, delima merah, manggis dan jambu batu. Kesemuanya pada harga RM42.
Insyaallah kalau ada duit lebih nanti, awal bulan nov nanti aku balik kampung dan tanam terus. I hope so. . .