Ada 2 faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah. Pertama faktor bukan kewangan dan kedua faktor kewangan.
FAKTOR KEWANGAN.
1.Lokasi
Antara perkara yang perlu difikirkan ialah kemudahan asas seperti kedai yang menjual barangan keperluan asas (Mydin/Tesco/Giant etc), bank, pejabat pos, sekolah dan jenis kejiranan. Selain itu, kemudahan pengangkutan awam serta jarak perjalanan untuk ke pejabat serta tahap kesesakan lalu lintas pun perlu diambil kira. Semak juga suasana persekitaran khususnya perkara yang melibatkan keselamatan diri dan keluarga.
2.Jenis Rumah
Mahu rumah yang bertanah (teres/banglo etc) atau bertingkat (Apartment etc). Lokasi hartanah turut mempengaruhi harga jualan. Secara umumnya, harga rumah yang bertanah adalah lebih mahal ‘sedikit’ berbanding rumah bertingkat seperti apartment / service apartment atau kondominium.
3.Jenis Pegangan Hal Milik
Pegangan bebas atau pegangan secara pajak? Hartanah yang punya status pegangan bebas atau hak milik kekal membawa maksud, anda mempunyai hak ke atas hartanah tersebut buat selama-lamanya. Berbeza pula halnya dengan hartanah pegangan secara pajak. Anda hanya memiliki hartanah tersebut dalam tempoh tertentu (selalunya selama 99 tahun). Selepas tempoh tersebut, hartanah tersebut perlu dipulangkan kepada pihak berkuasa. Oleh itu, selalunya nilai pasaran hartanah pegangan bebas lebih tinggi berbanding pegangan secara pajakan.
4.Jenis Surat Ikatan Hak Milik
Surat ikatan hak mkilik adalah bukti anda pemilik sesebuah hartanah. Pemilik akan diberikan hak milik individu bagi umah bertanah dan hak milik strata bagi rumah bertingkat. Perlu diperiksa sama ada yerdapat sebarang halangan ke atas hartanah yang ingin dibeli sebab ianya boleh menjejaskan proses pemindahan hak milik atau penjualan tanah di masa hadapan (jika mahu jual)
5.Reputasi Pemaju
Jika bercadang untuk membeli rumah yang masih dlama pembianaan, anda perlu kaji dahulu latar belakang dan prestasi projek perumahan mereka yang telah siap sebelumnya. Adakah projek siap mengikut jadual? Kualiti kerja mereka bagaimana? Adakah pembeli rumah untuk projek sebelum ini berpuas hati? Pemaju terkenal yang punya reputasi yang baik selalunya akan meletakkan harga jualan hartanah yang lebih berbanding pemaju yang baru nak ‘menapak’.
FAKTOR KEWANGAN
Periksa kemampuan diri dari segi aliran tunai dan nilai harta bersih. Anggaran untuk bayaran wang pendahuluan sesebuah rumah ialah sekitar 10 hingga 20 peratus daripada harga hartanah yang ingin dibeli. Pembeli juga perlu menyediakan sekitar 5 hingga 10 peratus untuk kos sampingan seperti kos guaman dan duti setem. Ada juga kes duti setem dan kos guaman adalah percuma. Semuanya bergantung kepada tawaran yang diberikan oleh pemaju.
Jika anda punya tabungan di akaun 2 KWSP yang mencukupi, boleh buat pengeluaran untuk bayaran wang pendahuluan.