Fantasyland di Disneyland Hong Kong ini rasanya meliputi banyak kawasan. Ada banyak permainan, luas dan cantik cantik belaka bangunan dan hiasan yang ada disini. Namapun FANTASY + LAND. Sesuai sangat dengan temanya.
Syukurlah cz cuaca dan suhu disini nyaman je huhu. Pemandangan dan landskap disini cantik dan unik. Memang susah nak dapat kat Malaysia.
Oh, selama ini cuma dapat tengok je kat cerita cerita karton disney. Tapi, la ni aku dah jejakkan kaki pulak kat taman tema dia hahahaha. Apa ke maknanya tu?
Sesuai dengan nama ‘Disneyland’ ini sendiri. Of cz kebanyakan permainan dan apa benda isi yang ada disini bertemakan watak watak disney. So, kami memang dah bersedia dengan semua ini. Lets be budak budak hahaha. Comel sokmo.
Kalau ikutkan brochure yang dibagi tu, ada 10 jenis attraction yang ada disini. Kami agak memilih jugak attraction yang kami nak masuk cz banyak sangat. Even kami memilih pun, kami dah spend time almost half day jugak kat sini. Haaa, pengsan nak habiskan / pergi semua tempat.
Agak ramai jugak kanak kanak yang datang sini memakai pakaian watak watak disney yang diorang suka. Tapi aku tengok paling ramai budak yang pakai baju sleeping beauty. Betul ke tu? hihi.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +