FANTASYLAND – DISNEYLAND HONG KONG PART 5

page3

 

Tempat wajib pergi dan memang aku akan suruh orang pergi sini kalau pergi Hong Kong Disneyland. Aiyoooo, tersangat comel ok menda alah yang kecil kecil ni. Comel yang amat! Its a Small World katanya.

page4

Pada awalnya, aku endah tak indah kepada bangunan Its a Small World ini. Iyerlah kan, nampak macam entah apa apa je binaan dan designnya. Comel sangat untuk jejaka tampan, macho dan kacak macam aku ini kah kah kah.

page2

Lagipun, tatkala kami datang sini rasa macam tak ramai orang je yang dok singgah tempat nie. So, aku pun buat dek jugak lah kan?

page1

Tapi, siapa tahu. MAK KAU, kat dalam sini memang ramai yang beratur OK. Tua, muda, anak anak dan kanak kanak memang ramai yang amat huhu.

page5 page6

Oh, rupanya bangunan ini besar rupanya. Dari luar nampak biasa biasa. Tapi kat dalam memang luas. Yang penting kene berasak asak untuk tunggu giliran masuk. Pengsan terus.

Yang syoknya, aku dok berasak asak dengan makcik makcik yang dok suka potong barisan. Oh, budaya orang kat sini memang suka berebut agaknya. Disini orang yang ambat memang akan terus dipotong. Pantang ada ruang nak mencelah, memang diorang pun akan mencelah bedah jugak. Gitew

page7 page8 page9

Seperti yang aku mention sebelum ini, aku tak excited sangat pun nak masuk ke dalam ni. Tapi, sebaik sahaja aku menjengah masuk. Masyaalah, cantik comel dan masyuk sangat. Tak terkata OK. Seronok je.

page10 page11 page12

Kaau tengok dan datang sendiri baru tahu betapa cantiknya suasana dan keadaan yang ada disini. Memang sukar nak digambarkan sangat. Lagipun, gambar dan video yang diambi ala ala je pun huhu.

page13 page14 page15

Lagu yang dimainkan kat sini seronok didengar. Nyaman dan macam nak tido pun ada gak huhu. Rasa tenang je.

page16 page17 page18 page19 page20 page21 page22 page23 page24

Memang puas hati betul masuk dalam ini. Ada 1001 jenis anak patung, budaya dan bahasa yang dinyanyikan. Seronok betul

page25 page26

Aku ada ambil video. Nanti kalau sempat aku update di entry yang berasingan. Aku memang ambil banyak giler gambar hahaha. Gigih dan sangat over gamaknya.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI