FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA 2013

945521_10151527681721723_1025675968_nFestival Bunga dan Taman Putrajaya 2013 / Pesta Floria / Fiesta Bunga Putrajaya. Banyak betul nama untuk festival bunga ini. Lain orang, lain ‘nama’ nya ahaks.

Aku sendiri tidak pasti ada kesempatan atau tidak untuk attend festival bunga ini. Syok tu. Boleh tengok banyak jenis bunga dan dekorasi landskap dan bla bla bla. Rasa macam nak beli bunga orkid je nie hahahahaha. Mesti dapat murah murah nie.

Plan memang nak pergi 22 Jun ( untuk tangkap gambar dan feeling2 dalam taman) + 30 Jun ( untuk borong bunga pada harga murah ).

Tarikh Festival : 22 – 30 Jun 2013
Masa Festival : 9.00pg – 10mlm (Isnin-Khamis) / 9.00pg – 12.00tgh mlm(Jumaat-Ahad)
Bayaran Masuk : PERCUMA
Kordinat GPS FLORIA 2013 : 2.924820, 101.685365

Kemudahan Pelawat

Peta Pelawat: Pelawat ke FLORIA akan diberi peta festival sebagai panduan. Kemudahan-kemudahan seperti kawasan pameran, jualan makanan dan minuman, bilik kecemasan, tandas dan sebagainya turut tertera dalam peta tersebut.

Maklumat Tapak Pameran: Terletak di kawasan strategik dan tumpuan utama, booth informasi bertujuan untuk memberi maklumat pameran, produk dan panduan umum kepada para pelawat.

Papan Tanda Arah: Papan tanda arah terletak di kawasan sekitar tapak festival sebagai panduan arah ke zon-zon pameran.

Bantuan Kecemasan: Kakitangan bantuan kecemasan yang bertauliah sentiasa bersedia untuk memberi khidmat kecemasan kepada pengunjung sepanjang waktu festival.

Tempat Duduk: Tempat duduk yang mencukupi akan disediakan sekitar tapak festival.

Zon Selera: Terdapat kawasan jualan makanan dan minuman Halal di sekitar tapak festival untuk kemudahan para pengunjung.

Pejabat Urusan: Pejabat urusan pihak penganjur terletak di kawasan utama di tapak festival bersebelahan dengan pintu masuk utama ke festival.

Taman Permainan Kanak-Kanak: Kawasan permainan kanak-kanak turut disediakan di tapak festival yang menjanjikan aktitiviti-aktiviti seronok untuk kanak-kanak. Kanak-kanak perlulah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Pelawat Kurang Upaya (OKU): Zon-zon pameran di tapak festival dilengkapi dengan kemudahan akses kerusi roda untuk pelawat kurang upaya (OKU).

Tandas Awam: Tandas awam terdapat di 5 lokasi utama sekitar tapak festival.

Surau: Kemudahan surau terdapat di kawasan tapak festival.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI