FOXIE MATI TERJATUH DARI TINGKAT 13

image

Anak kucing aku yang bernama Foxie dah tiada. Mati dek kerana terjatuh dari tingkat 13 + 1. Cant imagine betapa sakitnya dia menahan sakit sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.

image

Dia terjatuh dari balkoni tempat aku sidai kain rasanya. Walhal aku dah letak pagar dan jaring kat sini. I told them so many time, jangan suka suka panjat tingkap dan pagar tu. Mia especially, suka sangat mengajar adik beradiknya yang lain buat perkara bukan bukan.

image

Pagi tadi aku bangun lewat cz rasa teramat penat pergi berjimba ke Banting dan Shah Alam brsama Shahrizal. Pastu malam tu pergi Putra Height jap. Bangun pun area Jam 8.30 pagi. Terlepas solat subuh. Pengsan.

Seperti biasa, aku akan check anak anak kucing ada kat mana dan buat apa. Housemate aku buka pintu balkoni plak pagi nie. Selalunya pagi2 aku jarang buka pintu balkoni cz budak budak ni aktive pada waktu pagi selepas makan pagi. Memang over aktif.

Check check, Foxie tak ada. Dok cari sana sini dan panggil, xda plak menyahut. Aku start menggelabah jap. Mandi jap, pastu turun bawah untuk tengok tengok samaada dia terjatuh atau tak. Memang sah, TERJATUH DAN SEDANG MENGERANG KESAKITAN KAT LEVEL BASEMENT ATAS RUMPUT RUMPUT TU.

image

Not sure itu atas tanah atau simen. Rasa macam simen. Dia mengerang kesakitan pada belah perut kebawah. Tak ada keluar darah. Besar kemungkinan kecederaan dalaman kot.

Aku bawak naik atas jap, cz nak tengok2 dulu apa yang patut buat. Ya Allah, memang dia sakit yang amat time aku angkat dia naik atas rumah. Memang terasa kesakitannya pada belah perut dan kaki dia.

Sampai je dalam rumah, Cici dan adik beradiknya yang lain berkerumun kat dia. Cici plak boleh marah dan cakar Foxie yang sedang kesakitan tu. Haruslah aku marah Cici balik dan angkat Foxie masuk dalam bilik aku. Aku amik Wallet dan terus bawa pergi Klinik.

Fikir punya fikir, mana ada Klinik Haiwan buka awal hari Ahad nie? Aku tengok balik keadaan Foxie. Mulut dia dah keluar darah. Yup, i knew dia memang susah nak diselamatkan.

She’s gone sewaktu dalam kereta or maybe lebih awal daripada itu lagi. Lemah longlai dan tidak bernafas dengan mata dan mulut sedikit tebuka.

image

So, lets think nak kebumikan di mana. Aku pergi beli berangan untuk menggali lubang kat Mydin dan terus kebumikan dia di atas bukit belakang rumah.

image

Sebelum tu, bagi adik beradik dan mak dia tengok dahulu. Sedih plak tengok. They know.

image

Aku yang sambut kelahiran dia, dan aku jugalah yang menanamnya. Proud of it. Semoga kita jumpa lagi Foxie – di sana. Dah ajal ko sampai pada hari ini. Redha dengan ketentuanNya.

image

image

Cici pun dok murung jap nie. Same goes to adik beradiknya yang  lain. Cant blame anybody or menuding jari kepada sesiapa. Memang dah ajal dia dan ia satu kemalangan. Aku menerimanya. Semoga dapat kita berjumpa lagi di sana nanti Foxie.

Dia pergi dengan sekelip mata sahaja. Rasa macam tak puas marah dia, tak puas buat kerja bertemankan dia, tak puas menahan geram dek kerana kenakalan dia, tak puas melayan kelembutan bulu bulunya yang menggerbang tu dan tak puas for everthing…….tqvm kerana hadir dalam hidup aku walau hanya dalam lingkungan 6 bulan sahaja.
Dilahirkan pada 25 November 2012 (Ahad) lebih kurang jam 8 pagi dan pergi untuk selamanya pada 26 Mei 2013 ( Ahad ) lebih kurang jam 10 pagi. Tq for everything.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI