Sekarang aku guna pencuci muka jenama Nano White. Bosan menggunakan pencuci muka jenama Loreal dan Garnier. Rasanya sudah banyak jenama penjagaan muka kat pasaran. Tak salah kot untuk kita mencuba.
Harga Nano White Men ini lebih kurang RM15 (tak ingat detail) untuk 150ml. Lebih 50ml berbanding jenama yang aku gunakan sebelum ini (pada purata harga yang sama).
Emm, aku baru pakai 2 hari lebih produk ini. So far so good 🙂 rasa buih yang lebih lembut dan kulit pun rasa lembab. Rasa lembut dan memang sesuai dengan namanya – NANO.