HADIAH TERBAIK

image
Packaging Made In China

Apa hadiah terbaik yang pernah aku dapat? Tak ada kot. Cz terbaik itu sendiri maksudnya sangat luas, sarwajagat dan universal. Sepanjang aku hidup ini…banyak perkara dan benda yang aku klasifikasikan sebagai hadiah terbaik yang orang berikan kepada aku. Tak kisahlah ianya berupa layanan, harta benda, makanan, hiasan etc….semuanya memang terbaik! Lain orang, lain citarasa dan pemikirannya.

Bagi aku, hadiah terbaik yang aku mahu berikan dan aku mahu dapatkan ialah berupa layanan dan perangai yang terbaik. Means, semasa aku susah dan senang kau / korang berada bersama aku.Support / backup / menjadi penasihat setia kepada aku. Good buddy..not incure cost kot.

If Hadiah terbaik itu berupa harta benda ia tidak semestinya sesuatu yang mahal / berharga. Its still OK apabila hadiah yang diberikan itu datangnya daripada hati dan tangan yang ikhlas. Apabila tangan yang menerima itu dapat merasai keikhlasan tangan yang memberi….. syoknya memang tak terkata. Good for both party.

image
FOSSIL

Merepek…

Sebenarnya aku baru sahaja dapat present berupa sebuah jam tangan FOSSIL 🙂 CH2782. Tapi aku sebenarnya bukanlah seorang yang suka memakai apa apa aksesori. Not sure apa alasan bagi present jam nie. Not sure juga berapa harganya. Tapi, orang dah bagi….terima sahajalah. Wish after this aku akan pakai jam tangan walau kemana sahaja aku pergi. Pada masa yang sama, aku juga berharap agar jam tangan ini tidak tercicir dimana mana atau calar. Tanggungjawab tu…Pengsan lagi.

Terima kasih banyak banyak….

image
Janggal sedikit