PENGALAMAN MEMBELI KUCING PARSI

Sebenarnya, kat mana mana sahaja mesti ada something like ‘main tak aci’ – especially dalam urusan jual beli. Same goes to jual beli kucing juga. Aku bercerita based on pengalaman aku : 2 kali beli kucing.

Pertamanya time beli Cici Esmidar Gonzales. Im not sure, time beli Cici dulu dikatakan usianya area 2 bulan. Tapi rasa lain macam cz anak anak dia yang berusia 2 bulan memang kecik yang amat. Jauh benar dengan saiz mak dia pada usia yang sama dulu. Alah, tak kisahnya cz Cici dibeli dengan harga hanya RM700 lebih sahaja. Siap berpakej dengan sangkar,makanan etc. So, kira lucky jugak tu. Alhamdulillah, Sihat walafiat sampai sekarang.

Kucing kedua yang dibeli pula ialah CherryPie Ryuu Hiroki. Si kucing parsi jantan yang ada cert dari CFA. Dibeli pada harga lingkungan RM2,000 hingga RM3,000. Kalau kucing betina, lagi mahal harganya. Its depend on warna, keunikan dan ciri ciri lain yang ada pada kucing itu sendiri. Kalau nak beli, sebenarnya kene pastikan maklumat perubatan kucing itu dahulu. Sudah dihantar ke Klinik Veterinar atau belum? Ada kad perubatan atau belum? Sudah di vaksin atau belum? ubat cacing? kutu etc. Kemudian, kalau kucing itu ada cert, minta tunjukkan cert itu.

Ini penting cz kita nak elakkan hak kita sebagai pembeli diabaikan / ditipu oleh si penjual (cat breeder). Untuk kes Hiroki ini, si penjual memang admit dia belum bagi nama & daftarkan kucing itu di CFA. Once dah payment / deposit dah confirm, dia akan uruskan hal permohonan cert CFA di USA. Alhamdulillah, urusan ini berjalan dengan lancar. Jenuh nak cari nama yang unik dan sesuai 🙂

Never trust breeder. Itu yang orang klinik veterinar bagitahu. Cz normally, cat breeder tidak akan hantar vaksin kucing yang dia nak jual. Same goes to kes Hiroki ini. Si penjual kata dia dah lupa letak mana kad perubatan Hiroki ini. Tu yang dia terus bagi vaksin untuk setahun. Pada masa yang sama, katanya dia memang sudah bagi vaksin / ubat cacing etc. Agak meragukan semua itu.

Setelah minta nasihat daripada klinik veterinar yang aku selalu pergi, so Hiroki akan divaksin / ubat cacing/kutu macam kucing usia 2 bulan. Means, bermula dari bawah (walaupun usianya dah 11 bulan something). Ini penting what cz dia tinggal dengan kucing lain. So, memang tak nak ambil risiko terkena jangkitan penyakit bagai.

Moral of the story, as a breeder, u ollz kene bersikap jujur dengan pembeli. Tak mahu tipu atau kaki pusing sana sini. Itu tidak baik. Nasib baik Si Hiroki ini hidup sihat, bahagia, kuat makan dan makin mesra dengan anak anak kucing yang lain. As ‘jantan yang sulong’, dia kene jaga adik beradik barunya tu. Gitew katanya u ollz.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI