Semasa bertugas di SMIDEX 2013 tadi, aku sempat beli beberapa bungkus coklat. Nampak dan rasanya memang sedap. Beli pada harga murah cz buatan tempatan 🙂
Aku beli 6 kotak coklat perisa Latte Almond Milk dan juga Tiramisu Almond Milk Chocolate pada harga RM25. Aku mula mengumpul barang ‘mahal’ yang boleh dibeli pada harga murah sekarang nie. Khas untuk diberikan kepada makcik makcik dan pakcik pakcik semasa raya nanti.
Aku takut tak cukup modal nak bagi duit raya untuk semua orang nanti. Jadi, solutionnya ialah bagi je hamper raya yang agak mewah gayanya hahaha.
Aku dah dapat tudung yang berharga RM39 di pasaran. Tapi aku dapat pada harga RM10 atau boleh jadi kurang daripada itu hihi. Tudung berjenama plak tu. Makcik mesti suka. Cuma aku nak fikir pasal designnya sahaja now. Pengsan.
Lagi? Aku nak bagi Kordial Mangga Kedah MADA. Beli borong dapat harga murah. Pastu, kalau dapat harga murah dan duit lebih aku nak beli beberapa kampit beras Herba Ponni Taj Mahal. Harga pasaran RM35. If let say dapat pada harga RM30 pun OK jugak tu.
Insyaallah, kalau ada duit lebih nak bagi Air Anugerah jugak. Harga pasaran bagi barangan yang aku nak bagi tu memang lebih mahal dari apa yang aku dapat. Nampak je ratus, padahal modal sedikit je. Berlaku penjimatan disitu.
Bagi base on kemampuan. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Moral of the story, jangan percaya sangat dengan nilai dan harga hamper yang dipaparkan dipasaran 🙂