Semalam dok pergi hantar anak anak kucing ke klinik veterinar untuk vaksin dan ubat kutu. Eh, aku pun tak pasti dia letak ubat cacing atau tak. Tak perasan sangat cz aku pun tengah sambil sambil online buat kerja. So, tak fokus sangat hihi.
Semalam bawa soxie, orange j, mia dan 3 ekor baby kucing tu je. Sepatutnya Cici pun dah kene hantar untuk vaksin jugak. Tapi, dek kerana tak larat nak bawa ramai ramai, aku decide bawa Cici pada hari ahad nanti je. Berat kot diorang tu hahaha.
Nasib baik time aku pergi tu orang tak ramai. Sibuk tengok perlawanan bola sepak Kelatan vs ATM kot.
Emm, aku bawa 3 ekor baby kucing tu cz nak suruh doktor tengok keadaan kesihatan diorang bertiga. So far 2 ekor yang telah kene jangkitan fungus tu nampak macam ok. Cuma, katanya kene lihat keberkesanan ubat itu selepas 2 minggu. Tapi aku tengok, nampak macam ok je now.
Tetiba plak sekarang terjangkit baby kucing yang warna orange tu. Terpaksalah menghadap 14 hari bagi dia ubat fungus tu. Aiiiii, tak larat. Aku rasa satu rumah memang dah dijaga kebersihannya. Not sure kenapa diorang ini tak tahan daya penyakit.
Adakah susu ibu diorang tu tak cukup baik? Im lose.