Hari isnin sudah. Rasanya jadual sudah penuh sampai ke hujung minggu ini. Tapi aku sendiri tak tahu apa pengisiannya hahahaha. Minggu ini kene uruskan pengambilan kunci rumah Kajang.
Alamak, aku kene uruskan seorang lah pulak. Aku sebenarnya tak biasa buat apa-apa perkara seorang diri. Kene ada teman. Isshh, gagahkan je lah.
Plus, kalau boleh esok aku nak uruskan lesen aku yang hilang tu di JPJ Bangi. Mampus dah hampir sebulan lebih hilang, baru terkedek-kedek nak buat baru. Agak-agak kene bayar berapa + kene maki tak. Haiyoooo, takutnya. Bukannya sengaja lengah-lengahkan masa. Kerje… Hurmmm.