HARI KEDUA BEKERJA

Hari kedua di tempat kerja baharu. Alhamdulillah, semalam sudah dapat nombor pekerja + kad akses sementara dan cap jari. Hari ini pula sudah dapat email rasmi. Aku guna nama email yang sama. Cuma tukar sahaja pangkal tempat bekerja ahaks. Sabtu atau ahad nanti aku nak ambil gambar passport pula untuk buat kad pekerja huhu. Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan.

Aku sedang berkira-kira untuk membeli motosikal baharu. Alasannya sangat kukuh iaitu nak jimatkan kos tol aku iaitu RM4.60 sehari. Yamaha atau Honda atau jenama motor besar? Nak beli motor pun kene berkira juga sebab takut kene curi + tersilap tak kunci kotor 🙂 Kita pertimbangkan sesama OK.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI