HARI KEDUA – HONG KONG

Yeah, syukurlah nak. Hari kedua di Hong Kong menjelang tiba jugak akhirnya. Its time for Hong Kong Disneyland! Pengsan. Terujua tak? Buat buat teruja jer 🙂

page11

Seawal 7.00 pagi aku bangun OK. Itu pun susah yang amat nak bangun cz badan rasa sengal sengal sana sini. Kaki pun rasa macam susah nak jalan. Letih berjalan still tak hilang lagi. Tapi aku gagahkan jugak cz takut nanti bersesak sesak time OTW to Hong Kong Disneyland.

page21

page31

Untuk ke Hong Kong Disneyland dari Station Tsim Sha Tsui,naik train Tsuen Wan Line yang menuju ke Tsuen Wan Station –> berhenti di Station Lai King dan kemudiannya naik Tung Chung Line yang menuju ke Tung Chung Station –> berhenti di Station Sunny Bay –> ambil train Disneyland Resort Line –> Welcome to Hong Kong Disneyland.

Sempena cuti tahun baru cina, Hong Kong Disneyland ini dibuka lebih lama tapi tak tentu dan bergantung kepada hari. Pada masa kitorang datang tu, taman tema ini dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga jam 9.00 malam. So, sapa yang nak pergi tu kene alert dengan apa apa info samaada di kaunter jualan mahupun via online. Lagipun, ada beberapa persembahan yang diadakan pada hari, masa dan waktu yang berbeza. Bergantung kepada hari cuti agaknya.

Aku akan buat entry berasingan mengenai pengalaman aku di Hong Kong Disneyland ini. Terlalu panjang dan banyak sangat tempat dan pengalaman yang ingin taip. Takut bosan plak nanti hahaha.

Apapun, secara ringkasnya aku memang pergi berjimba disini kira kira dari jam 9.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Kitorang pergi hampir kesemua tempat dan ceruk tempat. Ramai giler manusia OK. Seribu satu pengalaman baru yang aku dapat pada hari kedua ini.

Hong Kong Disneyland ini terbahagi kepada Fantasyland, Toy Story Land, Grizzly Gulch, Adventureland dan juga Main Street USA. Gigih berjalan kaki disemua tempat ini. Pelaburan yang dikeluarkan memang kene digunakan dengan sepenuh penuhnya hihi.

Sebaik sahaja letih di Hong Kong Disneyland, kitorang singgah sebentar di CityGate Outlet yang terletak di bersebelahan dengan Station Tung Chung. Memang betul betul bersebelahan dan dekat yang amat. Datang di Hong Kong ini tak perlu risau sangat. Informasi berada dimana mana sahaja.

page1

CityGate Outlet ini memanh sesuai untuk orang yang dok suka barang barang branded. Aku ini tak lah suka sangat. Tapi kata orang dan juga kawan aku, harganya memang murah berbanding harga di Malaysia. Harga dari kilang katanya. Antara outlet yang ada disini ialah Nike, Puma, Armani, Armani Exchange, Giordano, Coach, Calvin Klien, Guess etc. Memang ramai orang yang dok membeli tadi especially di Espirit. Beratur panjang tu.

Contoh barang yang aku usha ialah seluar jeans di Armani Exchange cuma berharga kira kira kurang HKD450 sahaja. Kalau convert kepada duit Malaysia, area RM200 sahaja. Tapi aku ini lain sikit perangai, tak suka pakai jeans. Aku lebih suka pakai seluar yang ada banyak kocek. Pastu average harga T Shirt disini pun lebih kurang HKD200 camtu ( area RM80 ) sahaja. Mana nak cari harga ini di Malaysia?

page2

page3 page4 page5

Lepas usha usha apa yang patut, kitorang bertolak pulang menuju ke Station Tsim Sha Tsui. Oleh kerana kami plan nak pergi ke Avanue of Star, so kami keluar di Exit J huhu. Niatnya memang nak tengok Symphoni of Light di sini sambil melihat keindahan hiasan lampu lampu pada bangunan di Hong Kong Island. Tapi, indah khabar dari rupa rupanya persembahan tu. Kami terlebih excited sangat hahaha. Ala ala je pun persembahan tu. Nothing special.

page111 page211 page311

So, kami pun beransur pulang kepenatan ke tempat penginapan huuuuu. Apapun, berhampiran dengan Avenue of Star ini ada Shopping Mall Sogo Hong Kong. Aku macam ternampak ada beberapa Shopping Mall Sogo disini. Adakah Sogo ini jenama yang datang dari Hong Kong?

Oleh kerana hari ketiganya kami nak ke Guangzhou via Shenzen, so memang kene rehat lebih sedikit. Nak kene jalan jauh ni hihi. Sambil sambil tu, dok study lagi apa yang patut + tengok rancangan TV Hong Kong. Syukurlah, at least aku tak kebosanan tengok iklan 1Malaysia tu hahaha. Pengsan lagi

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI