HARI KELIMA – AVENUE OF STARS HONG KONG

page1

 

Tempat terakhir yang kami pergi sepanjang pengembaraan ini ialah Avenue of Stars Hong Kong. Pergi untuk kali kedua dipagi hari yang nyaman, dingin dan tenang. huhu pengsan.

page2 page3

 

Layankan je lah gambar gambar aku yang banyak nie. Aku memang tapau banyak gambar kat sini. Tak larat mengklik sana sini huhu. Letih sangat u ollz,

page4 page5

Aku rasalah kan, SOGO ini berasal dari Hong Kong. Sana sini ada je pasaraya SOGO.Yang syoknya tu, SOGO kat Avenue of Stars ini terletak di bawah tanah. Hebat. Buat kat tepi laut pulak tu. Memang masyuk. Khabarnya susun atur di SOGO ini lebih kurang sama je dengan SOGO kat Malaysia tu huhu.

page7 page8 page9

Layankan je lah gambar gambar aku kat sini OK hahaha. Pengsan. Rasa macam makin putih dan comel pun ada gak. Patutlah orang yang tinggal di cuaca dingin sejuk ini kulitnya cantik. hahahaha.

page10 page11 page12

Sesuai dengan namanya Avenue of Stars Hong Kong, daya tarikan yang ada disini ialah artis artis Hong Kong. Rasanya konsepnya lebih kurang sama dengan Hollywood kot. Meletop. Artis Malaysia bila lagi? huhu.

page13 page14 page15 page16

Aku memang ambil gambar sakan kat sini. Dalam hati memang dok mencarut je cz letih kot. Bosan bergambar tak henti henti selama 5 hari non stop. Artis sangat u ollz hahaha. Tapi nak buat camne. Bukannya selalu nak datang sini kan?

page17 page18 page19 page20 page21

Kesimpulannya, Avenue of Stars Hong Kong memang salah satu tempat wajib yang mesti pergi untuk para pelancong yang datang ke Hong Kong. Aku cadangkan, datang pada waktu pagi. Alasannya orang tak ramai sangat time nie. Kalau time tengahari / petang / malam memang garenti ramai.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI