Sebenarnya, perjalanan kami di Guangzhou ini tak lah semeriah mana. Ini semua disebabkan oleh kebanyakan warga Guangzhou dan peniaga disini bercuti dan raya sakan. Not sure diorang balik kampung kat mana. Boleh?
Aku tercari cari juga nak beli apa kat sini. Dan aku tertanya tanya juga, kalau kedai kedai ini dibuka sekalipun, aku nak beli apa. Pengsan. I still cant imagine pada masa itu bahawasanya aku berada di Guangzhou China huhu.
Satu petang tu memang kitorang redah berjalan kaki ke sana sini melihat orang tanah besar china yang lalu lalang dan tengok apa kelainan yang ada pada diorang berbanding Malaysia. Aku nie very the melankolik OK!
Orang orang kat ini seakan bersantai bersama keluarga. Mungkin diorang sedang menikmati tahun baru cina kot. Aku pulak dok join sekaki di negara diorang huhu. Apa yang aku nampak disini, diorang buat dek je dengan warga asing. Kira ok lah tu cz diorang tak kacau sangat hihi.
Jalan punya jalan, kami pun sampaialah ke Beijing Lu / Beijing Road. Khabarnya kawasan ini memang popular dikalangan pelancong> Aku tengok, kawasan ini ala ala Masjid India / Petaling Street / Bukit Bintang camtu. Tapi kawasannya tersangat besar dan panjang. Aku jenuh nak meredah tiap jalan melihat kedai kedai yang ada disini.
Tapi, satu je yang aku perasan kat sini. Aku agak comel, kacak dan hensem kalau bergambar dalam keadaan suhu yang nyaman. Boleh? hahahaha
Kami singgah membeli pakaian di G2000. Tengok gaya memang murah. Ala ala separuh harga jugaklah kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia huhu. So, belilah baju dan seluar beberapa helai. Pengsan.
Tapi, seriously orang memang ramai giler kat sini. Dah macam pesta pun ada jugak. Cuma aku agak takut nak ambil gambar banyak sangat. Memang pantang orang kat sini – tak boleh ambil gambar sembarangan.
Tengok ada banyak je barangan nak beli. Tapi kami tak berminat sangat cz kebanyakannya macam untuk wanita. So,kami buat dek je lah hahaha. Lagipun tak nampak mana mana barangan yang berkenan sangat kat sini.
Cuma, pada petangnya tu kami pergi singgah di Onelink International Wholesale untuk beli helikopter mainan. hahaha. Nanti aku buat entry lain untuk helikopter ini. Nyum nyum
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +