HARI PERTAMA – HONG KONG

Alhamdulliah, trip ke Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou China ini memberikan 1001 pengalaman baru untuk aku. Tak terfikir dan terlintas pun. Semua ini berlaku tanpa diduga dan tidak disengajakan. Begitu pantas dan cepat ‘membuat keputusan’.

page1

Trip kali ini agak berbeza dengan trip trip yang sebelum ini. Kami menaiki MAS ( Business Class ). Ini adalah penerbangan pertama aku dengan menaiki MAS bagi destinasi antarabangsa. Memang suatu pengalaman yang jarang jarang dapat hihi. Selalunya naik AirAsia je pun. Nanti aku akan buat entry berasingan mengenai Business Class Malaysia Airline ini. Penceritaan mengenai pengalaman aku dan juga  gambar gambar yang sempat aku ambil di Satellite Lounge MAS dan juga bahagian Business Class di pesawat Boeng 777- 200 ini. Saiznya memang jauh lebih besar berbanding pesawat yang aku naiki via AirAsia. Syukur kerana aku diberikan peluang dan rezeki untuk merasai pengalaman ini.

page10

Jangka masa perjalanan dari KLIA dan Hong Kong ialah selama kira kira 3 jam setengah. Oh, jangka masa yang agak lama. Leguh jugak nak tunggu. Aku pulak dok buang air kecil sokmo. Sejuk sangat, pastu dok melantak ice cream haagen dazs banyak sangat katanya. Benda mahal,pastu boleh minta unlimited. Haruslah aku tamak haloba terus hahaha. Pengsan.

Sepanjang perjalanan tu, aku dok layan Movie Hantu Kapcai sambil layan baca novel Breaking Dawn. Aku sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kira kira jam 12.50 tengahari macamtu. Syukurlah, urusan imegresen berjalan dengan lancar. Memang orang ramai dan berpusu pusu time tu. Tapi pihak berkuasa disini cekap dan pantas buat kerja huhu. Pastu, kat kastam plak diorang tak periksa. Dok buat pemeriksaan secara rambang katanya. Aku pun bajet poyo poyo je lah. Nak elak dari diperiksa kastam hihi. Semua urusan ini selesai jam 1.30 tengahari.

page1

Kemudian, kami bergegas ke tempat penginapan yang telah lama ditempah hihi. Semua perancangan perjalanan memang sudah diuruskan, dipelajari dan dikaji bersama. Alhamdulillah, perkhidmatan disini amat mesra orang awam / pelancong.

page3

Kami beli siap2 Octopus Card bernilai HKD250 termasuk HKD50 as deposit setiap seorang. Pastu dok.tanyalah orang di counter service dan di Hong Kong Tourism Board tu bagaimana mahu pergi ke Station Tsim Sha Shui. Pastu dia suggest beli Airport Express Single Journey yang berharga HKD90 untuk 2 orang menuju ke Station itu. Kalau ikut harga Octopus Card yang biasa, harga tiket untuk perjalanan yang sama inialah HKD60 untuk seorang sahaja. So, nampak untung disitu. Kira OK lah kan? Helpfull bukan? Di lapangan terbang ini ada banyak brochure dan penerangan asas mengenai Hong Kong. Terbaik.

page1

Kami menginap di Apple Hostel, Chung King Mansion yang terletak di Nathan Road dan berhampiran dengan Station Tsim Sha Tsui.

page4 page6 Nanti aku akan buat entry mengenai tempat penginapan kitorang ini huhu.

Berikut merupakan route perjalanan kitorang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong menuju ke tempat penginapan kitorang. Airport Express Line –> Tukar train di Station Tsing Yi ( Naik train Tung Cung Line )  –>  Tukar train di Station Lai King ( naik train Tsuen Wan Line ) –> berhenti di Station Tsim Sha Tsui–> keluar di Exit D1.page8

Chung Kung Mansion terletak berdekatan dengan Exit D1 ini. FYI, perkhidmatan MTR ini terletak di bawah tanah. Jadi, kene selalu alert di mana kita nak keluar. Nak guna exit yang mana satu. Kalau salah exit, alamatnya kene menapak lagi lah hihi. Aku rasa, MTR ini dah macam bandar bawah tanah pun ada jugak. Pengsan. Bayangkan, nak pergi mana mana via train memang  ada dan lebih mudah kalau berjalan kaki dari tanah. Oh, pengsan.

page1

Habis je check in, kitorang bergegas ke Station Hong Kong. Nak ambil tiket Hong Kong Disneyland yang telah di beli secara online tempoh hari. FYI, beli tiket secara online lebih mudah, tak perlu beratur dan murah berbandinh beli di kaunter jualan. Gitew.

page4

Kene ambil cepat cepat tiket tu cz sempena tahun.baru cina ini, kaunter di Station Central itu hanya dibuka sampai Jam 5.00 petang sahaja. Nasib baik untuk ke Station Hong Kong, kami hanya perlu naik Train di Tsim Sha Tsui ( Tsuen Wan Line ) menuju ke Station Central. Kemudian, menapak menuju je Station Hong Kong. Tapi awas, kaunter Jualan tiket express Hong Kong Disneyland ini terletak di Station Hong Kong. So, kalau nak masuk memang kene guna Octopus Card. Kami plak tak tahu time tu. Sama sama dok touch Octopus Card. Time nak keluar balik, kene touch Octopus Card lagi. So, dah kene bayar area USD2 camtu. Sentap. Jalan kaki nak datang sini pun kene bayar juga hihi.

Kaunter tiket Disneyland boleh dibeli samaada di Tiket Jualan Express di Station Hong Kong ataupun di Kaunter tiket di Disneyland Resort. Tapi, kami prefer beli kat sini cz malas nak beratur dan berebut panjang di Disneyland Resort nanti. Baik fikirkan jalan alternative. Yer dok?

Sebaik selesai urusan tu, kami terus menapak menuju ke The Peak I Love You hihi. Dari dalam Station Central itu, kitorang keluar di Exit J. OMG, agak sejuk cuaca diluar. Tapi memang cantik lah cz di kawasan tu ada dataran tempat orang melepak dan berkumpul. Yang tak syoknya, warga Indo dan Filipina yang paling banyak dok bersantai kat sini hihi. Dah macam negara asing plak aku tengok. Disini aku nampak bangunan HSBC yang popular tu secara dekat. Oh Yeah.

page9

Kami dah siap2 booking tiket untuk naik Tram di The Peak dan masuk ke dalam Madame Tussauds Hong Kong.Nanti aku akan ceritakan di entry berasingan untuk pengalaman aku naik tram di The Peak, apa yang ada di The Peak, apa yang ada di Madame Tussauds dan yang penting pengalaman jalan kaki turun dari The Peak hihi.

page6

Pengalaman hari pertama di Hong Kong ditutup dengan gegak gempita kemeriahan bunga api di Victoria Harbour Hong Kong. Tersangat gempak, besar dan hebat. Ini baru pertunjukan bunga api! Hahaha. Kami sempat tengok dari jauh je cz tak larat dah nak menuju tempat pertunjuka. Sentap!. Yang buat aku lagi sentap ialah bateri Kamera Canon aku habis semasa di Madame Tussauds. Lucky ada blackberry. Super Sentap terus! Nasib baik dah last2. Tu yang terus balik hostel tu. Ingat nak ambil camera lain dan dok meronggeng lagi. Tapi tak larat. Esoknya nak meronggeng sehari suntuk kat Hong Kong Disneyland. Dok rehat jap lah. Terus cancel nak pergi naik Ferry dan Ladies Night pada malam hari pertama tu.

FYI, Hong Kong bercuti sepanjang Februari ini sempena sambutan tahun baru mereka. Kan best kalau orang Islam seluruh dunia pun dok sambut Maal Hijrah secara besar besaran mengikut acuan tersendiri ( islamic ). Ini dok sibuk sambut tahun masihi. Pengsan lagi.

Malam hari pertama aku kat sini, banyak jalan ditutup. Aku sendiri tak pasti ada event apa malam tu. Yang penting, orang ramai memang kat mana mana. Memang betul kata orang, disini sambutan tahun baru cinanya memang gempak dan meriah.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI