Gigih pagi pagi buta pergi ke Citta Mall Ara Damansara untuk ‘tengok tengok’ Harvey Norman’s Warehouse Sale (Jualan Gudang) – 31 Mei hingga 2 Jun 2013.
Aku pernah pergi area sini rupanya dengan Abg Mie dan Najib – area tempat service Canon.
Kawasan orang kaya kaya. Takut plak tengok. Muka duit je semuanya aku tengok. Kiri kanan Citta Mall nie macam kondo kondo belaka. Ara Damansara ini dibangunkan Sime Darby. Memang sesuai sangat kan.
Aku datang awal, so tak lah sesak sangat dengan orang yang dok nak ‘membeli belah’ barang kat sini. So, agak selesa dengan suasana dan masih ada barangan yang boleh tahan harga runtuhnya.
Depend on jenis barangan – harga runtuhnya memang HEBAT.Kalau aku baru beli rumah dan perlukan perabut / barangan elektrik, memang berbaloi beli semua yang berkaitan kat sini hahahahaha. Anggarannya belian RM10K menyamai RM15K ++++ jika beli pada waktu / di tempat lain.
Area tengahari tu orang makin ramai dan makin banyak barang yang sold out hihi. Diorang nampak macam kawal jualan, keluarkan sedikit demi sedikit.
Besar betul TV nie. 90 inci kot. RM4K lebih je rasanya. Not sure. Mau juling mata nak tengok TV sebesar nie hahahaha.
Mesin basuh, TV dan Peti Sejuk merupakan antara barangan yang dijual pada harga murah. Keperluan semua orang + demand and supply pun banyak. So, dapat harga murah lah kan huhu.
Aku bersetuju untuk membeli Mesin Basuh Bosch WAS 20460 ini yang berharga RM1899 ( harga asal RM3588 ). Asalnya dapat pada haga RM1999, tapi lepas dapat diskaun daripada ‘bos’ yang incharge, dapat less RM100 hihi.
Mesin basuh yang baru dibeli ini akan sampai Sabtu depan. Kos penghantaran ialah RM64 dengan warranty selama 2 tahun. Kalau nak extend warranty lagi, tambah duit lagi.
Harvey Norman’s punya style dan cara business yang unik dan tersendiri. I admit. Cara Eropah kot.
Style Jualan Gudang Harvey Norman’s nie rupanya boleh minta kurang lagi dengan Big Bos dia rupanya. Just request berapa yang kamu mahu. As long as tak mengganggu margin keuntungan mereka.
New thing yang aku belajar pada hari ini ialah, margin keuntungan untuk penghawa dingin tak banyak. No wonder tak banyak bilangan yang dijual. Margin keuntungan yang banyak katanya – peti sejuk, mesin basuh, tv dan perabut – maybe barangan elektronik termasuk jugak kot.
Aku lalu 2 kali kat bahagian jualan Kamera. Memang niatnya nak beli kamera pun (niat tersembunyi) hahahaha. Ini kemahuan, bukan keperluan ahaks.
Memang jatuh giler giler harga kamera kat sini – compact especially. Diorang control jualan camera DSLR. Contohnya promoter tu bagitau semalam diorang jual D5100 pada harga RM699 – tapi untuk satu unit sahaja. Kemudian, hari ini diorang jual Sony SLT A35 pada harga RM999 – tapi untuk seunit sahaja. Meletop tak? Harga asal RM2K lebih.
So, Sony A35 sah dibeli pada hari ini hihi. Tak try guna lagi cz bateri tengah charge lagi ahaks.
Makin lama, orang makin ramai datang. Dah macam semut aku tengok hahaha. Especially bahagian bantal / sarung tilam – 40 dan 50 peratus sokmo huhu. Sapa cepat, dia dapat.
Pastu, khabarnya semalam diorang buat sale Tablet dan iPad. Sold out semuanya. Tak tahulah berapa harga runtuh yang ditawarkan.
Sabar je lah.