HCMC 2 – TRUNG NGUYEN COFFEE

298955_471240166266252_1881632985_n

 

Vietnam dikatakan mempunyai rasa kopi yang sedap – antara yang terbaik didunia. Disini memang banyak kedai kedai kopi. Susah nak jumpa Starbuck atau Coffee Bean. Semuanya made in Vietnam 🙂 I LIKE. Mereka punya jenama kopi yang kedai kopi sendiri. Hebat bukan? Kunjungan pertama aku pada Mei 2012 yang lalu, aku sempat juga merasa minum kopi di Highland Coffee. Not Bad. Kunjungan kedua aku pada awal tahun 2013 ini, aku pergi ke Trung Nguyen Coffee 🙂 Nyum nyum

58600_471239232933012_2133989968_n

Gigih jalan kaki you ollzzz. Jalan jalan keliling Ho Chi Minh City. Tengok gejagat orang orang Vietnam 🙂 Memang unik dan menyeronokkan. Boleh refer Facebook / Youtube aku untuk koleksi gambar dan Video yang aku ambil sepanjang lawatan aku ke sana.

430974_471239309599671_1861627711_n

182179_471238732933062_1768329388_n

 

Hiasan di dalam Coffee House ini unik dan menarik. Aku suka. Suasananya pun mendamaikan. Mood Happy New Year dan Christmas masih lagi terasa, huhu

541956_471239012933034_1725219667_n

299615_471239252933010_1602072599_n

Average harga minuman di sini lebih kurang Starbuck / Coffee Bean je pun. Cuma ada jugak yang lebih mahal. Biasalah,kalau kopi itu import memang agak mahal sedikit harganya. Nampak macam orang Vietnam ini memang suka minum kopi.

184563_471239422932993_410753988_n

537277_471239342933001_1563636370_n

Uniknya minum kopi disini ialah diorang akan serve dengan air kosong sekali. Kopi diorang PEKAT dan oleh kerana itulah kopi disediakan pada amount yang SEDIKIT.

248699_471238942933041_1486097237_n

9456_471238829599719_1832322980_n

Lihat pada gambar, ciput kan? hihi. Memang ini adalah cara penyediaan kopi disini. 23752_471238842933051_943391465_n

If let say nak minum kopi ais, kene masukkan sendiri kopi itu ke dalam gelas berais. huhu…. Agak agak kalau pekat sangat, tambah air sedikit. Bagus bukan? UNIK

Aku duduk di tingkat atas dalam Coffee House ini. Memang nampak secara LIVE lah bagaimana diorang buat kopi yang di order oleh pelanggan. Memang nampak simple dan mudah. huhu… Nak ambil video tapi takut kene marah plak hihi.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI