IBU KUCING BERANAK UNTUK KALI KEDUA – PART 1

Syukur alhamdulillah, mak kucing aku si Cici Esmidar Gonzales akhirnya beranak sehari sebelum aku bercuti ke Pulau Langkawi untuk 4 hari 3 malam. Lama tu u ollzz. Macam macam boleh jadi kalau dia beranak sowang sowang tanpa teman.

Aku tidak pasti kucing orang lain. Tapi, kucing aku ini kalau nak beranak memang nak ada orang temankan. Nasib baik pada pagi itu aku perasan. Cici kelihatan gelisah, mengiow tak tentu pasal, tercari cari tempat dan ikut ke mana sahaja aku pergi. Pada masa yang sama, mulutnya ternganga dan lidahnya terjelir keluar.

Ini adalah pengalaman kedua aku membidankan kucing. Sebelum ini aku tidak risau mana cz hanya dia seekor je yang aku bela. Tapi kali ini ada 4 ekor kucing yang lain tinggal bersama dengan ibu kucing ini – termasuk Si Jantan Pengotor Ryuu Hiroki.

YES, perlu melihat beberapa faktor kesesuaian dan keselesaan persekitaran jugak. Pening nak tunjukkan tempat beranak yang Cici nak. Lucky akhirnya dia nak beranak kat bilik yang telah disediakan. Tempat yang sama dia beranak dahulu 🙂

Dia langsung tak mahu beranak dalam kotak. Tetap nak beranak dalam almari yang kecil itu. Sedih OK. aku gigih ambil kotak tu depan kedai runcit kat Sg Ramal, Kajang hahaha.

Sedikit hairan, Cici menggigit anak anaknya suruh join / temankan dia beranak. aku cuba untuk menghalang dan tutup pintu bilik. Tapi Cici resah gelisah. Tetap nak anak anak dia temankan di beranak. Takut / fobia nak beranak ke apa tu maknanya?

Anak anak dia pulak letih menunggu dan seakan terpaksa je menemankan mak dia nak beranak. Bayangkan, daripada jam 7 pagi hingga jam 12 tengahari, Cici masih lagi tidak mahu keluarkan anak dia tu. Letih dan tersangat stress aku time tu. Aku pulak ada beberapa kerja dan urusan yang perlu diselesaikan time tu. Bertambah tambah stress lah kan.

Menunggu mak kucing beranak sampai tersengguk sengguk. Anak anak Cici yang lain pun nampak bosan sampai tertidur tidur semuanya. Hangguk punya anak kucing. hahahaha

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI