IBU KUCING BERANAK UNTUK KALI KEDUA – PART 2

Bosan dan stress nya aku menanti mak kucing tu beranak tuhan sahaja yang tahu. Cici langsung tak bagi aku peluang untuk berganjak walau seinci dari tempat duduk aku. kalau boleh, dia nak aku dan anak anak dia berada di hadapan mata dia.

Ryuu Hiroki tu aku dah kurung dia siap siap. Tak nak berlaku apa apa kejadian yang tidak diingini. Pada masa yang sama, aku nak kene siapkan tisu, gunting, rurat khabar lama dan siapakn ayam rebusan untuk Cici. Tapi Cici langsung tak bagi aku keluar bilik. Kalau aku keluar, dia akan ikut.

Si Ryuu Hiroki plak dah berak dalam sangkar. Plan nak bersihkan tahi dia dan lepaskan dia je. Tapi hajat tak kesampaian cz dihalang oleh Cici esmidar Gonzales yang hangguk tu. Sentap.

Soxie adalah anak yang paling baik dan setia menanti mak dia nak beranak. Dok bertenggek kat depan mak dia dengan aku. anak anak yang lain dah mengangkang tidur. Yelah kan, waktu untuk diorang tidur time tu. Nak main, mak dia tak bagi. Dimarahnya pulak. Pengsan.

Area jam 12 tengahari lebih, Cici beranak anak pertama. Tapi yang sedihnya, dia mati time dilahirkan. Saiznya agak besar. Besar kemungkinan inilah antara punca kematiannya. Lemas di dalam perut. Aku perhatikan, selaput pada badan baby kucing tu agak tebal. Sedih jap. Aku rasa seakan sesia penantian aku.

Oleh kerana kecewa dengan kematian pertama anak kucing tu. Aku jadi malas nak layan Cici dah. Disuruh beranak, tak nak beranak. Dok resah gelisah tak bertempat. Hangguk punya mak kucing.

Tak lama selepas itu, boleh plak dia keluarkan seekor lagi anak kat atas lantai. Oh, lucky hidup. Saiz anak yang dilahirkan ini lebih kecil berbanding yang pertama.

Jarak waktu kelahiran anak kedua dengan yang ketiga dan keempat agak jauh. Aku ingatkan hanya ada 2 ekor anak je. Yelah kan, aku tengok dia macam dah stop nak beranak je. aku plak dah sibuk nak rebus ayam untuk dia.

Tapi agak hairan gak cz perut dia still lagi berbonjong besar. Aku time tu dah tension dah. Ko nak beranak, keluarkan cepat. Tak nak dah. aku banyak kerja nak buat dah nie.

Siapa tahu, rupanya berderet 2 ekor anak keluar time tu. Time tu dia dah nampak tenang sedikit dan dengar cakap aku. Mulut aku dah mula potpet potpet time tu. Haiiiiii, pening kepala uruskan ko Cici oiiitttt.

Dengan nak bersihkan darah, gunting tali pusat, tolong bersihakn selaput pada baby kucing etc. Memang letih dan agak tertekan jugaklah time tu. Suasananya agak berbeza dengan pengalaman sebelum ini. Tekanan di hari bekerja.

Penantian aku berbaloi cz akhirnya Cici selamat melahirkan 3 ekor anak + 1 ekor mati. agak lega time tu cz kali ini Cici mudah untuk menyusukan anak dia. Kalau sebelum ini, aku yang paksa dia susukan akan dia. Now dia seakan redha. Oh, maybe takut aku marah dia kot hahahaha.

Anak anak dia yang lain pun dok seakan menyambut kelahiran adik beradik baru mereka. Dok tengok pelik dengan kejadian ini kot. Disini kita boleh lihat salah satu bukti kekuasaan Allah.

Kene perhatikan betul betul anak anak kucing ini. Takut ada yang kene terkam / cakar / makan. Buakn boleh cayer kucing kucing nie haha.

Aku asingkan siap siap kucing tu dengan baby kucing + bagi mak kucing ayam rebusan + kemas rumah —-> kemudian baru masuk pejabat. Area jam 2.30 petang camtu.

FYI, tengahari tu ada kawan yang datang nak tengok terus kucing kucing ini. Dia teruja dan takut melihat aku menyambut baby kucing tu. Rasa geli dan tak mahu tengok aku potong tali pusat, bersihkan darah etc.

Nak buat macam mana beb, aku tiada pilihan lain dan tak ada masa nak geli dan takut takut. Buat dan uruskan sahaja tanpa perlu fikir panjang. Lepas buat, baru fikir hahahaha.

Emmm, kali ini aku tak buat video kucing beranak. Fikiran aku tengah serabut time tu haha.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI