IKAN BAKAR SERI EMPANGAN PUTRAJAYA

image

Sebelum ini, aku ingat di area Empangan Putrajaya nie tak ada apa apa sangat. Jz ada pemandangan cantik dan tempat orang bersenam dan berkelah. Rupanya kat disini ada restoran ikan bakar ++. Pengsan.

Haritu aku pergi dengan mokcik2 dan pokcik2. Saja nak bagi diorang merasa makan kat sini sambil lihat pemandangan cantik. Tapi sedih cz tak ada meja kosong. Tu yang patah balik makan kat restoran nasi arab je tu.

Pastu, beberapa hari kemudian aku datang ke empangan ini balik. Tu pun lepas ada yang dok menyebut nak makan sini sokmo. Berzikir bagai. Tak larat aku dibuatnya. Haaaa makan puas2. Nak makan sangat kat sini kan!.

image

Jenuh jugak nak pilih ikan siakap yang paling kecil huhu. Apa yang kitorang order time tu? Ikan Siakap masak 3 rasa, sotong goreng tepung, telur dadar, sayur campur, teh o suam dan air laici.

image

Agak cepat juga diorang serve makanan. Tapi yang tak syoknya, kitorang order ikan siakap masak 3 rasa, tapi diorang claim kitorang order ikan siakap bakar. Sentap. Datang dua tiga kali nak double confirm. Last last kitorang terima je lah ikan bakar tu. FYI aku agak jarang makan ikan bakar. 1st time makan pun time dengan Su di Muara Ikan Bakar Pelabuhan Klang beberapa tahun yang lepas. Aku tak feel sangat ikan bakar nie. Boleh? Hihi.

image

Emm, ada beberapa restoran yang boleh masak 2 jenis masakan untuk ikan yang kita pilih – Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bangi dan juga kebanyakan restoran seafood di Melaka. Kat sini susah pulak nak dapatkan restoran yang boleh masak 2 jenis tu. Kan syok kalau dapat makan pelbagai jenis masakan dlm satu masa.

image

Sotong goreng tepung kat sini macam sotong goreng tepung yang aku masak sendiri kat rumah. Agak berminyak jugak lah. Aku dah lah agak fussy dengan minyak2 bagai ni huhu. Tak per, makan je.

Sotong goreng tepung ni kitorang dapat 1st sekali sebelum menu lain dihidangkan. Pastu yang peliknya, sebaik sahaja kami habis makan nasi + ikan bakar ++ tu, datang plak sotong goreng tepung yang lain. Aaaaiiii pelik. Nak bagi kitorang makan sotong berapa banyak? Hihi…. kalau tak jujur tu, amik je.

Tapi hairan jugak, macam mana diorang ambil order tu. Mula mula ikan siakap salah ambil order / salah masak. Pastu sotong goreng tepung tu nak dihantar 2 kali. Macam ada something wrong dengan cara diorang ambil order. Tak ada checklist ke.

Jz wonder, adakah ikan siakap dan sotong yang aku pilih tu betul betul apa yang aku makan atau tidak? Kebarangkalian untuk aku makan ikan siakap dan sotong yang orang lain pilih tu memang ada. Then, bayarannya pula bagaimana? Pengsan terus.

Total makan kat situ average RM50 lebih. Tak ingat berapa.

Tak syoklah kalau macam nie.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI