IKAN BILIS DAN BAWANG MASAK KICAP

image

Aku tak bercadang langsung nak makan malam pun hari ini. Yelah kan, siang tadi dok ber buffet di Seoul Garden IOI Mall Puchong. Pastu dok mencari CD XBox 360 ( tiada game yang berkenan di hati ). Kemudian pergi Kerinchi untuk membeli makanan anak anak kucing disana. Selepas tu singgah Aeon Big Alamanda untuk membeli barangan dapur pulak. Pengsan panas.

image

Aku masak ikan bilis dan bawang masak kicap hari ini. Terliur jap cz aku ternampak kawan aku pos menu masakan ini di FB dia. Terus aku mengidam dan jadikan menu ini lauk aku untuk malam ini. Boleh? Hihi. Pastu minum air laici. Memang yummy giler.

Aku makan dengan telur goreng, sambal tumis yang mak aku bekalkan dari kampung dan juga ulam pahit ( aku tak pasti namanya ). Yes, aku pencinta ulam ulaman dan sayur sayuran yang tegar.

image

Apa yang penting, aku dapat makan menu kenangan sewaktu aku kecil ini. Menu masakan paling senang dan ringkas je pun. Goreng ikan bilis dan bawang besar pastu bubuh kicap cair. Nyum nyum. Secukup rasa sesedap mulut menjamah. Gitew.

Time aku sunat dulu, menu ini memang aku makan tiap hari. Tak gatal kat bahagian anu katanya. Ini pantang larang orang jawa. Memang kitorang akan berpantang dari makan bukan bukan. Sepanjang tempoh tu memang makan nasi dan lauk ikan bilis dan bawang masak kicap sahaja. Pastu, memang tak boleh keluar rumah. Alasannya bimbang terlangkah tahi ayam. Pengsan 1 billion kali aku time tu.

Kalau nak keluar buang air / mandi, mak aku memang pesan betul2 jangan sampai terlangkah tahi ayam. Time tu kat rumah aku memang banyak giler ayam kampung. Kitorang memang bela ayam kat rumah.

Nak dijadikan cerita, aku punya jahitan tu lambat kering. Seminggu lebih tak baik baik. Mau 2 minggu lebih jugak lah kot. Pengsan nak tunggu kering. Hahahaha kenangan sewaktu kecil kecil. Time tu jugak lah aku pergi bandar batu pahat untuk buat IC. Hari isnin time tu. Gigih pakai seluar pendek pastu jalan mengangkang dan slow2 cz luka sunat tak kering lagi.

P/s : Dahulu duduk di kampung, toilet memang kat luar. Time tu tak ada lagi orang kampung yang buat toilet dalam rumah. Memang pelik kalau ada.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI