Poh Paleh Sedak Amat!!!!
Kali ketiga makan Ikan Patin Masak Tempoyak di Restoran Termerloh Catering, Bangi. Pakar masakan kampung dari negeri Pahang – katanya. Kene datang awal sebab kalau datang lewat, alamatnya dapat lauk pauk cimut je lah. Kalau datang awal, pilihan lauk pauk banyak dan panas-panas lagi.
GST akan dikenakan semasa anda membuat bayaran di kaunter. Harga yang dipamerkan tidak termasuk GST
Harga yang aku perlu bayar untuk makan (2 orang) pun murah je. RM22.50 (termasuk nasi dan telur dadar) + RM4.10 (air) utk dua orang makan
Dibuka pada hari Sabtu-Khamis (10.30pagi hingga 8.00mlm) —–> hari jumaat tutup. Alamat : 4, Jalan 8/35, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
Patin Sangkar RM12 semangkuk
Ikan Kelah RM35 (100gm)
Ikan Kerai RM12 (100gm)
Paste Patin Tempoyak RM30 (1kg)