IKAN TILAPIA TASIK KENYIR

image

Tadi kat cafe bawah pejabat aku ada orang jual ikan tilapia Tasik Kenyir. Diorang jual murah jugak lah tu – RM12 sekilo. Katanya ikan fresh yang diorang tangkap dan pengsankan semalam.

So, kiranya hidup lagilah sebenarnya ikan tu setakat awal pagi tadi. Jangan tak tahu, ada teknologi / cara untuk memengsankan ikan OK. Kaedah ini memang digunakan untuk proses import / eksport ikan ke luar negara ataupun mana mana restoran makanan segar.

image

Aku beli sekilo je pun. Tu pun dapat 3 ekor ikan tilapia. Pengsan banyak kali. Aku ambil 2 ekor pastu seekor lagi aku bagi kat Wawa Rina Natasya Barakbah. Nasib baik diorang siang terus ikan nie. Aku siap suruh belah 2 hihi. Rasanya diorang faham kot istilah belah 2 tu. Ahaks. . Tetiba je keluar slang jawa. Biasalah, aku memang cerewet tang beli barang basah ni. Lagi2 kalau ikan belaan nie. Very the hihi.

Aku sendiri tak tahu nak masak apa ikan ikan ini. Tak plan apa2 pun lagi. Macam nak goreng je. Pastu rasa macam nak masak 3 rasa. Eh, rasa macam sedap kalau masak pedas pedas. Alamak, rasanya masak asam pedas macam sedap. Pengsan terus.

image

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI