Hari ini aku rasa blur = jiwa kosong yang amat. Mood raya still ada lagi kot dan rasa tak bersedia lagi untuk start kerja balik isnin ini. Camne tu? Tu yang dok berjalan jalan p IKEA.
Tapi tak sangka plak ramai giler giler orang yeerr. Tak tahu apa yang diorang beli. Walhal baru lepas raya nie. Banyak betul duit diorang. Cerrr share cikit kat aku. Haha meriah
Beratur hampir setengah jam lebih semata mata nak bayar 3 menda alah ini. Nasib baik niatnya nak beli barang untuk dibuat hadiah untuk kawan yang baru melangsungkan perkahwinannya – satu set pinggan mangkuk yang berharga lingkungan RM100 lebih. Sweet dan sesuai kot untuk orang yang baru bina rumahtangga.
Seperti biasa, dek kerana lapar yang amat + orang ramai sgt kat food court IKEA, terpaksalah makan hotdog dan karipap je. Kenyang tapi kurang puas. Boleh?