JAKARTA BANDUNG INDONESIA : KERETAPI aka PERSERO

Sabtu dan ahad selalunya akan aku gunakan untuk relax santai sahaja dirumah. Malas mahu keluar pergi mana mana. Cuaca panas dan terik..boleh buat aku pening pening lalat. Dalam pada masa yang sama juga, aku akan pastikan untuk menelusuri keadaan dan persekitaran Kota Jakarta dan Bandung sebagai bekalan informasi kami kelak.

Jenuh sebenarnya mahu mencari maklumat yang dikehendaki. YES, kami telah memilih kaedah pengangkutan keretapi nanti. Walaubagaimanapun, sampai la ni aku tak dapat lagi jadual perjalanan keretapi Jakarta (Gambir) – Bandung Vice Versa yang betul betul menyakinkan aku. Susah betul. Ada pihak kata macam ini dan ada pihak kata macam ini. Pengsan aku.

Susah betul mahu mendapatkan info yang benar benar consistant thru internet. Even ticket train sekalipun aku xdpt cari info yang meyakinkan. So far aku cuma dapat info mengenai 2 jenis / syarikat keretapi yang beroperasi untuk perjalanan Jakarta – Bandung iaitu Parahyangan (bererti kayangan) dan Agrogede ( Agro – Mount / Gede – big) sahaja. Selain daripada itu, tiada.

Sedih. I feel frustrated