Island Hopping Langkawi Murah

img_20161214_082900

Ada dramanya tatakala kami nak ber island hopping di Langkawi ini. Boleh pulak nama kami tiada dalam senarai yang akan naik bot pada pagi tu? Sedangkan aku sudah bayar penuh kepada agent. Aku bayar RM29.90 sekepala. Jadi, aku mengandaikan semuanya selesai dan hanya perlu tunggu di jeti yang telah ditetapkan. Rupanya malam sebelum pergi mereka akan call untuk conformation. Walhal aku tidak diberitahu oleh orang yang berurusan dengan aku.  Sentap jugaklah. Moral of the story, jangan deal dengan agent bukan-bukan. Deal terus dengan orang yang memang incharge dengan bot. Besar kemungkinan boleh dapat harga murah – RM25 sekepala. Google je lah, sebab harga tidak standard. Jadi, kalian kene pandai-pandai cari .

img_20161214_083536

Kami nasib baik sebab ada bot yang masih tak cukup orang. Aku pada ketika itu memang pasrah je dan malas nak bertekak. Kita dah bayar… jadi sepatutnya tidak timbul apa=apa isu. Sentap dengan agent yang aku berurusan tu.

Pulau Dayang Bunting

img_20161215_115811

Kita lupakan kisah tu sebab semuanya berjalan baik-baik sahaja. Anggap sebaga9i cabaran je loor. Jadi, kami pun teruskan berseronok di 3 destinasi yang telah ditetapkan. Wowwwww…imprezz sebab line celcom kuat hihi. Jadi, aku sempat ber LIVE di FB. Gitewww

img_20161215_131117

img_20161215_125329

Destinasi pertama ialah Pulau Dayang Bunting. Selama ini kami baca je sejarahnya. Kali ini, kami jejak kaki ke tempatnya sendiri. ahaks. Maka, kawan-kawan pun pesan suruh bawa air dari tasik dayang bunting tu. Aku hairan sebab disitu orang dok sibuk cuci kaki, mandi manda bagai. Nak buat apa agaknya?

img_20161215_125434

img_20161215_125536

img_20161215_125622

Nak masuk ke Tasik Dayang Bunting tu dikenakan bayaran RM3 seorang. Gigih menapak medaki dan meneuruni tangga untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting. Dalah 10 minit perjalanan hahaha.

img_20161215_125755

img_20161215_130852

Pulau Singa Besar

Masa yang diperuntukkan di Pulau Dayang Bunting hanya 1 jam sahaja. Jadi kami tak buat apa apa sangat. Hanya cuci kaki je sebab letih menapak haha. Destinasi seterusnya ialah Pulau Singa Besar untuk melihat helang. Katanya ada 2 jenis helang disini. Aku tak ingat namanya. Satu warna putih dan satu lagi warna oren. Dahulu dikatakan ada mini zoo kat Pulau Singa Besar nie. Tapi tak tahu apa jadi lepas tu.img_20161214_121712 img_20161214_200427

Ada line di Pulau Singa Besar nie. Jadi, boleh lah ber LIVE FB disini. Kagum sebab capaian line sampai sini juga ahaks.

img_20161215_120032Pulau Beras Basah

Destinasi terakhir kami ialah Pulau Beras Basah. Terasa malas nak mandi sebab panas terik. Takut hitam hahahaha. Kami just borak-borak lepask-lepak bawah pokok je. Nak makan pun takut sebab tiada toilet disediakan disini. Jadi, serba serbi tak tahu nak buat apa disini. Hanya tengok gelagat orang je lah.
img_20161215_120223

img_20161215_124829

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI