JALAN JALAN KE CHATUCHAK MARKET BANGKOK

image

Area pukul 9 pagi macam tu, kami ke Chatuchak Market. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari hotel ke sini via kereta. Kalau naik train, tak tahu berapa lama. Tapi memang dekat je pun.

image

Chatuchak ini kiranya macam Ben Tan Market di Ho Chi Minh Vietnam. Versi Thailand yang lebih besar, kemas, teratur dan pelbagai.

image

Aku nie duduk bujang, tak banyak yang ingin aku beli. Aku beli 2 pasang baju tshirt dan 2 pasang seluar kain kaftan sahaja pada harga THB200 dan THB310.

image

image

Kat sini harganya boleh jadi murah atau super mahal. Malam Salina kata, ada batu tshirt tu berharga THB250 disini tapi kalau di MPK harganya cuma THB99 sahaja. Kene pandai cari kedai, cari barang dan menawar sehabis mungkin.

image

1st step yang perlu tahu ialah peta lokasi. Boleh ambil di kaunter informasi diorang atau tengok je kat internet. Tapi lebih baik ambil di kaunter informasi sebab lebih up to date.

image

image

image

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI