JALAN TAR

Aku kini berada di Jalan TAR, KL. Cuaca pun redup sepoi sepoi bahasa. Memang sesuai untuk membawa orang tua dan budak2 pergi berjalan jalan. Oiiitt…macam tau tau je aku nak keluar. Kira OK lah

Aku biarkan family aku jalan p mana mana yang mereka suka. Then aku pula stay and wait dimana mana. Aku bagi tempoh lebih kurang 1jam untuk mereka jalan jalan. Harapnya sebelum jam 4 petang ini mereka tahu nak patah balik ke Sogo dah r. Nanti aku pulak yang teruk nak redah jem.

Baru je lepas beli screen protector / casing untuk blackberry aku ini. Dah pakai lama, tapi macam tak terbela lah pulak haha. Bukan apa, yang aku sakit hati dengan blackberry ini ialah baterinya cepat sangat habis + coverage problem. Bermasalah betul. Mungkin banyak kali jatuh kot.

Dahulu, time stay di KL aku memang biasa dengan hiruk pikuk dan traffic jem. Tapi, since pindah ke tempat lain ini aku rasa rimas / nak muntah. Letih wooo.. Aku tengok kebanyakan traffic jem ini terjadi semuanya dek kerana sifat manusia yang selfish. Dok parking kereta sesuka hati + baiki jalan tak kene masa + gali turap gali turap bagai. Pengsan

Ohhh…sambil sambil lepak kat tangga nie,aku sempat gak usha usha orang yang lalu lalang. 1001 jenis perangai dan fashion manusia 🙂

Posted from WordPress for BlackBerry.