Sebelum ini aku ada buat entry berkenaan Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2012 dan juga hasil pembelian berbaloi Sharp Air Purifier yang dibeli disini.
Imprezzz. . . Tetiba dapat call dari kawan rupanya di Melaka pun ada buat Program Jom Beli Barang Raya jugak. Dan sewaktu dalam perjalanan menuju ke Plaza Tol Pagoh tadi pun, aku ada nampak juga bunting berderet digantung ditiang tiang lampu. Rupanya di Pagoh pun ada dibuat jualan murah seperti ini. Aku ingatkan di Putrajaya sahaja. Rupanya KPDNKK pun ada buat program yang seumpama ini dibanyak tempat. OK lah tu. . . .
Apa yang aku mahu cerita disini ialah, harga Air Purifier disini lebih murah berbanding apa yang dijual di Putrajaya. Company lain kot. Ohhhhhhh. . . Sedih ok
Tengoklah gambar dan entry aku sebelum ini berkenaan pembelian Sharp Air Purifier. Beza harga lebih kurang RM100 OK. Macam macam boleh buat.
Sentap