Jom ke Puteri Harbour! Excited katanya. Dah dalam promosi tu dok pung pang pung pang suruh datang Puteri Habour tengok Hello Kitty Town kan? hihi Aku ON je.
Keadaannya tetap sama – Legoland, Kota Iskandar dan Puteri Harbour. Kesemuanya masih lagi belum siap sepenuhnya. But still, kita boleh nampak konsep dan idea senibina yang mereka mahu buat. OK lah tu. Memang mesra pelancong. Kiranya akan ada somethinglah kan untuk orang datang sini.
Aku suka design tempat menunggu bus / teksi huhu. Sweet.
Oh, aku hampir terlupa bahawa Puteri Harbour ini ialah Harbour 🙂 Ala-ala limbungan kapal layar orang orang kaya macam tu lah gamaknya. Alamak, orang kaya / berduit lebih je lah boleh jimba jimba kat sini. Pengsan
Tengok pada gambar. Inilah dia Bangunan yang menempatkan Hello Kitty Town tu. Oh, ada Lat’s Place dan Big Club. Tapi keduanya still tidak siap sepenuhnya. Cuma Hello Kitty Town jelah daya tarikan tempat ini – buat masa ini.
Dok berbual buat juga dengan penjual di Lat’s Place tu. Restoran diorang tak siap lagi. After dah siap, diorang akan war-warkan kepada umum. Entah, aku sendiri pun tidak faham sangat konsep restoran Lat’s ini. Katanya ada ala-ala animasi macam tu. Time kitorang datang tu, diorang sedang buat sound check.
Apapun, rakyat biasa macam aku ini memang boleh tengok dan tengok je lah kan kat sini. agak premium jugak lah tempat ini rasanya.
Yaeh, disini ada Hello Kitty Town. Kitorang tak masuk pun. Cuma dok syok sendiri je kat luar kaunter masuk hahaha. Kawan aku kata, nak datang sini jangan bawak budak. Karang naya budak tu nak masuk hahaha. Anak seorang boleh terima lagi. Kalau anak 5 orang macam mana? haha
First time datang ke limbungan kapal secara dekat. hihi. Orang disitu kata, diorang ada jugak buat perkhidmatan sewa kapal. Boleh belayar sampai ke Danga Bay. Ko mampu? Takpe, naik je kereta. Tak pe tak pe huhu
Gigih aku dengan Dr Naza bergambar sana sini haha. Sekali seumur hidup katanya. Nak jalan jalan tepi kapal tu tak boleh plak. Untuk pemilik kapal je katanya hihi.
Cantik kan tempat ini? Nak buat ala-ala gambar perkahwinan untuk outdoor pun not bad jugak. Boleh rasanya ni.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +