KECEWA DENGAN KADAR TOL BAHARU

Tergamam sebentar dan sehingga kini…mengenangkan kenaikan kadar toll yang ‘melampau’. Aku tinggal di Kajang dan bekerja di Sungai Besi Kuala Lumpur. Dengan kata lain, aku akan menggunakan SILK Highway dan BESRAYA. Bayangkan, kadar toll SILK Highway naik daripada RM1 kepada RM1.80 dan BESRAYA naik daripada RM1.30 kepada RM2.00. Apa yang kerajaan fikirkan? Adakah ianya berkaitan dengan pembentangan Bajet 2016 yang akan dibentangkan nanti?

Pengguna Lebuhraya semakin hari semakin bertambah. Mengapa kadar toll pun semakin bertambah? Rugi ke pemegang konsesi lebuhraya? Mereka tidak untung ke? Apa butiran perjanjian antara konsesi dan kerajaan? Terbeban yang amat ke syarikat konsesi dengan kos semasa sehinggakan mereka perlu menaikkan kadar tol?

Hairan dan tak boleh diterima. Memang betul betul menaikkan kos hidup aku. No wonder kerajaan tidak dapat undi di kawasan bandar. Sebab mereka mengecewakan sokmo.

Malaysia ini punyalah kaya dengan 1001 anugerah alam / sumber. How you manage it? Yang kaya makin kaya, yang biasa-biasa semakin terhimpit.

Aku benar-benar kecewa

71444663943_freesize

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI