Kali ke-4 Makan di Cafe Nasi Kukus Tok We

Secara kebetulan, selama 4 minggu berturut-turut aku balik rumah di Bandar Tasik Senangin Negeri Sembilan. Balik memang kena awal pagi sebab terpaksa melalui pekan lama Semenyih yang sesak, banyak lampu isyarat dan jalan kecil. Seribu satu punca kesesakan terjadi. Macam semalam, ada tanah mendap di lampu isyarat berdekatan dengan Plaza Kiara. Mungkin sebab paip bocor kot.

Habis sahaja urusan di rumah, aku singgah makan di Cafe Nasi Kukus Tok’ We Beranang. Sengaja pergi awal pagi supaya boleh siap urusan sekitar pukul 10 pagi lebih. Sebab boleh terus singgah sarapan + makan tengahari terus. Cafe Nasi Kukus Tok We ini buka pukul 10 pagi hingga 10 malam. Dari jalan besar boleh nampak sebab penggunaan papan tanda yang mencapap (hijau terang menyala dan hitam).

Kali ini aku order makan Nasi Kukus lauk Ayam Sambal Hijau. Diorang bagi nama untuk menu ini sebagai Nasi Kukus Rafidah. Oiiit, sebagai orang jawa yang suka makan sambal hijau tumis, aku rasa berselera yang amat. SEDAP sangat. Aku rasa, inilah menu paling sedap yang bersesuaian dengan jiwa jawa aku ahaks.

Air? Seperti biasa aku memang terpaksa ambil kopi sebab mahukan tenaga lebih untuk bekerja, memikir dan mengarang. Kalau minum lain, terasa diri tak bersemangat untuk selesaikan tugasan yang telah dirancang (alasannya).

Alhamdulillah kenyang.


Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI