Budak-budak pejabat aku dok sokmo kata kari kepala ikan Kampung Attap bagai. Tapi aku tak pernah cuba even sekali pun sebelum ini.
Alang-alang ada kerja sedikit di KL nie, apa kata aku singgah dulu makan kat sini 🙂 YES….Abg Mie setuju bawa aku jimba jimba kat sini. Makcik office pesan makan kari kepala ikan tu mahal (ikut harga pasaran). Yelah kot..cz kepalanya besar nak mampus. Makan sorang pun mesti tak habis punya. That why kami cuma order ala-ala nasi kandar je. Lauk ayam + kambing je.
Terletak di hujung jalan sekali. Rasanya nama restoran ini ialah Restoran ZK. Not sure cz kami makan kat area luar restoran. Boleh makan di dalam atau diluar. Tapi aku tengok, orang lebih suka makan diluar….even beratur sekalipun. Oh….ada juga yang reserve awal2. Pengsan
Ternampak juga ada kaum cina yang makan disini. Berselera aku tengok. Nice one
Aku tak tau apa-apa sangat kat sini. Abg Mie yang tolong ambil makanan. Aku dok jaga meja je. AWAS…datang lambat,mesti susah nak dapat tempat duduk. Parking kereta susah plak tu. Sempit
Oh….bukan citarasa aku rupanya menu masakan kat sini. Tak pedas dan hanya guna jenis2 kari yang sedikit sahaja. Not like Nasi Kandar Pelita or Restoran Mamak yang kat Penang. Aku tak rasa uuummmmmmmhhhh kari kat sini. Tak cukup bagi aku
Total makan untuk aku dan abg mie ialah RM22.
But you can try….citarasa orang berbeza-beza.