Kedai bebas cukai tu dalam bahasa inggerisnya duty free shop lah kan? Sebelum ini, aku ingatkan kat Langkawi ini hanya ada 2 je duty free shop – Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Rupanya ada banyak lagi kedai yang menjual barangan bebas cukai.
Ada Coco Valley, The Zon, Langkawi Saga etc. Jadi persoalannya, mana yang paling menguntungkan, lebih murah dan lebih berbaloi.
Semua tempat kitorang pergi. Especially di sekitar Pekan Kuah.
Daripada observation yang dibuat, aku tengok harga di kebanyakan kedai bebas cukai ini sama / lebih kurang sama je. Ada beberapa jenis barang yang lebih murah dan ada yang lebih mahal sedikit. Senang cerita, lebih kurang je. Apa yang membezakannya ialah samaada banyak atau tidak pilihan barangan yang kita nak beli tu.
Walaubagaimapun, aku juga ingin membuat kesimpulan harga coklat di Langkawi Saga adalah paling murah berbanding yang lain (pada ketika ini). Murah jika kita beli banyak – contohnya beli 3 bungkus terus. Emm, ada juga beberapa jenis coklat yang lebih murah harganya di Haji Ismail Group. Alaaah, beza seringgit dua macam tu je.
Langkawi Saga dan Haji Ismail Group (main) ini kedainya bertentangan. So, boleh lari lari survey harga haha.
Untuk pembelian periuk belanga dan pinggan mangkuk pula, aku rasa harga dan pilihan di Idaman Suri lebih menguntungkan (secara umumnya). Nampak macam lebih banyak pilihan berbanding yang lain. Di Langkawi Saga pula, aku tengok ada beberapa jenis barang (jenama Vision), harganya agak murah bebanding kat tempat lain. Ahaks. Yummy2
Idaman Suri tutup pada hari Jumaat. So, hari ini tak boleh nak membeli 🙂