Kedai Kucing Terbesar di Bandar Baru Bangi

Lama tidak keluar jalan-jalan sana sini. Antara detinasi jalan-jalan aku adalah melawat / berkunjung ke kedai kucing di kawasan sekitar tempat tinggal. Tempoh hari Kedai Kucing Rasa Sayang di Semenyih. Hari ini, aku pergi ke DD Bangi Petshop. Sokmo datang sini sebab selesa dengan kasawan sekitar Bandar Baru Bangi yang teramat banyak ada kedai kucing dan kedai makan best.

Baca: Toner Acwell Licorice pH Balancing Cleansing

Mengikut amatan kasar aku, DD Bangi Petshop ini merupakan kedai kucing terbesar di Bandar Baru Bangi atau mungkin Bangi dan kawasan sekitar. Sebab kedai kucing ini merangkumi 3 lot kedai (2 lot bawah dan 1 lot atas). Tengok gaya, Kedai Kucing Rasa Sayang di Semenyih pun lebih kurang sama. Cuba, saiz sebenar tu aku tidak pasti hahaha.

DD Bangi Petshop ini menjual pelbagai barangan kucing khasnya. Ada juga jual produk untuk arnab, ikan dan burung taji. Grooming dan Boarding jangan cerita lah. Dok penuh sokmo katanya. Lebih lebih lagi Grooming. Sebab disini mereka tawarkan pakej yang berpatutan antara RM30 hingga RM80 mengikut saiz dan lebat bulu kucing. Lion Cut pun mereka buat pada harga natara RM75 hingga RM85 juga mengikut saiz dan lebat bulu kucing.

Baca: 15+ Koleksi Doa Selepas Solat Yang Menyentuh Hati

Boarding mereka charge pada harga RM20 sehari semalam dengan percuma makan, minum dan pasir. Memang meriah dan terhibur aku kalau lebat di sini. Sebab ada pelbagai jenis produk si comel. Kalau datang sewaktu stok produk penuh, memang enjoy je cuci mata. hahaha.

Mereka buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 petang. Kalau hari cuti pula, kadang buka dan kadang tutup untuk tempoh masa tertentu.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI