Kelakuan Kucing Ketika Mengawan

Kucing jantan berkemampuan untuk terus aktif secara seksual apabila mereka mencapai umur matang. Kucing betina pula hanya aktif secara seksual hanya apabila mereka melalui tempoh heat atau estrous. Jika kucing betina tidak berada dalam tempoh heat, dia tidak akan berdiam diri jika kucing jantan menaikinya. Jika kucing betina dalam heat, dia akan membenarkan perlakuan mengawan, dan apabila selesai dia akan menggigit dan menyerang kucing jantan supaya mebiarkannya bersendirian.

Persenyawaan akan berlaku selepas proses mengawan di dalam rahim kucing betina. Kelakuan mengawan akan merangsangnya untuk melepaskan telur dan ovulasi boleh berlaku lebih dari satu telur. Disebabkan itu lah kita biasa melihat kucing betina akan mengawan dengan beberapa ekor kucing jantan yang lain. Ini membolehkan beberapa kucing jantan menjadi ‘bapa’ kepada lain-lain anak kucing dalam satu kelahiran.

Kucing betina mungkin akan membenarkan sehingga 4 atau lebih proses mengawan samada dengan kucing jantan yang sama atau kucing yang lain sepanjang tempoh heat ini. Kucing jantan biasanya akan bersedia sepanjang masa untuk mengawan tetapi ini bergantung kepada kucing betina tersebut.

Kucing jantan mungkin akan cuba menaiki kucing betina ketika ia bukan dalam keadaan heat tetapi mereka akan diserang oleh kucing betina tersebut. Kadangkala juga kucing jantan akan cuba menaiki kucing jantan lain sebagai perilaku dominasi kawasan.

Kebiasannya kucing jantan yang sihat akan subur sperma nya. Masalah kesuburan yang biasa berlaku pada kucing jantan adalah:

  • Kekurangan rasa syahwat
  • Bilangan sperma yang kurang
  • Bulu atau rerambut tersangkut pada bahagian zakar (ini betul, jangan ketawa tau!)
  • Cryptorchidism
  • Kurang koordinasi (kedudukan tak betul semasa mengawan)

Jika anda cuba untuk mengahwinkan kucing, biasanya kita akan letakkan kucing jantan itu dengan kucing betina yang berpengalaman ketika percubaan yang pertama. Ini kerana jika kedua-dua kucing itu adalah ‘dara’, masing-masing tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan. Ini akan menyebabkan kucing jantan berasa kecewa dan hilang minat jika dia tidak berjaya melakukannya.

Kebanyakan cat breeder yang profesional akan memelihara seekor atau dua ekor kucing jantan intact (tidak di neuter) untuk 4 ekor atau lebih kucing betina dalam peliharaan mereka. Memelihara kucing jantan tomcat/intact (tidak di neuter) boleh menjadi pengalaman yang ‘berbau’ kerana kelakuan spraying mereka dan badannya yang sedikit tengik.

Disebabkan seekor kucing jantan boleh mengawan dengan beberapa kucing betina maka hanya sedikit sahaja kucing jantan diperlukan dalam satu program breed yang baik.

Keseluruhan proses mengawan ini boleh berlangsung beberapa minit dan berulang beberapa kali sehari. Kucing tidak begitu peduli siapa pasangannya dan selepas mengawan, masing-masing tidak akan peduli akan pasangannya.

Jika anda pernah melihat proses mengawan ini, anda akan perasan bahawa ianya adalah aktiviti yang agak kasar. Kucing jantan akan menaiki kucing betina dan menggigit bahagian belakang lehernya. Selepas mengawan, kucing betina akan menjerit, memusingkan badan dan menggigit kucing jantan sehingga dia melepaskannya.

Sumber 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI