Kenapa Aku Buat Keje Rekaan Grafik Sekarang

Sejak pencen jadi Pegawai Khas, aku jadi sunyi dan terlalu lapang. Seakan tiada kerja yang boleh aku buat. Yelah, kerja tempat kerja baru seakan hampir tiada (pada ketika itu). Jika ada pun, simple sangat bagi aku. Selalu buat kerja banyak, tetiba diberinya assignment yang ‘biasa-biasa’, jadinya ala ratu je lah buat. Cepat je siapnya.

Tak boleh jadi nie. Aku pun gigih mengGoogle apakah perkara bermakna yang boleh aku buat. Hasilnya, aku berjaya terbitkan sebuah buku mengenai KUCING haha. Berdaftar dengan Perpustakaan Negara hokey.

Lepas letih mengarang, aku penat. Terus switch kepada reka bentuk grafik. Memang dari dulu lagi memang minat benda berkaitan grafik. Cumanya tak berkesempatan untuk mendalami lagi ilmu ini. Aku pun gigih melanggan Adobe Photoshop CC. Bayar bulanan dan belajar sendiri. Sembat belajar banyak benda basic. Kemudian rasa macam lembab semacam je pembelajaran.

Aku pun switch kepada Adobe Illustrator. Langgan secara bulanan juga. Belajar dan belajar daripada abg Shah dan Google. Dapatlah ilmu cekut-cekut sana sini. Alhamdulillah, puas hati dengan hasilnya.

Oleh kerana harga bulanan melonjak naik dek kerana nilai Ringgit jatuh, aku pun stop seketika. Naik sekitar RM20 camtu. Asalnya aku stop untuk Photoshop sahaja. Tapi atas sebab semakin mahal caj yang dikenakan, aku stop juga Illustration pula selepas itu.

Selang beberapa ketika, aku cuba mohon daripada ICT dan perolehan untuk membekalkan aku lesen Adobe CC. Terima kasih kepada Zamri, Shahrul dan Aza yang membantu (selain daripada bos korporat). Smooth je perjalanan.

Alhamdulillah, hari demi hari skill rekaan grafik aku kelihatan meningkat. Tidaklah secantik mana. Tapi, secara peribadi aku mampu mendabik dada atas pencapaian peribadi ini. Terus rasa kedaung nak belajar dan belajar dan belajar lagi.

Hajat dihati, nak tambah cabang animasi via Adobe After Effect. Tapi sayang, tak sempat dik. Kerja hakiki dan Kelab tak henti bertandang. Satu demi satu tugasan.

Kini selain daripada sibuk menjasi webmaster laman web, aku juga sibuk jadi content creator di media sosial. Tak cukup dengan itu aku juga kena handle PM dan komen. Kesemuanya memerlukan olahan ayat disamping seni grafik yang bersesuaian. Tak ke gila memikirkan 4 tugas dalam satu masa.

Itu belum campur urusan Kelab. Pengsan dengan 1001 permintaan. Tapi tak kisah pun. Sebab ia lebih kepada amal jariah dan networking semasa rakan sekerja. Antara sumbangan yang tidak seberapa kepada agensi tempat aku bekerja.

Aku pun tengah mencari memana kursus untuk tambah nilai kemahiran. Tak jumpa lagi yang sesuai dik. Serabut rasa hahaha.

Actually penting ada kemahiran seni grafik ini. Sebab dalam sehari aku memerlukan banyak jenis grafik untuk tugasan hakiki. Mahu tak mahu, memang kena ada. So, lepas berjaya buat seni grafik sendiri memang senang kerja hakiki aku. Seronok hidup. Ratu dewa dewi sangat rasanya hahaha.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI