Alamak, dah hampir 3 tahun aku kat tempat kerja sekarang nie. Lamanya. Kontrak je pun. Takdenya aku boleh stay lama lama kat sini. Still nak kene cari kerja lain gamaknya hihi. Menyesal pulak aku dok berhenti kerja dari Telekom dahulu. Pengsan tak sudah.
Perancangan setahun sekarang ini ialah gigih mencari peluang peluang pekerjaan baru yang lebih menguntungkan, masyuk dan terjamin. Sedih OK. Dok usha usha kerja baru, sampai sekarang tak dapat dapat. Nak kene tengok balik apa yang tak kene nie rasanya. Emmm, bukannya tak mahu cari. Aku gigih mencari OK. Cuma rezeki tak ada lagi. Oh, sedih.
Usaha dan doa banyak banyak – Tawakal.
Sampai sekarang rasa tension giler ÷=%?¥ cz tidak menggunakan peluang kerjaya di Takaful Nasional dan AIA Alliance yang aku dapat awal tahun lepas – kot. Sibuk sangat uruskan mesyuarat induk sangat. Haaaaa kan dah melepas. Tak fokus katanya. Sentap! RUGI RUGI RUGI. Terus terduduk haha.
Doakan rezeki aku murah dan dipermudahkan OK. Amin.
Walaupun kedudukan aku disini agak tinggi dan punya sedikit power ( katanya ) & ‘Im the special one‘, tapi sampai bila? No point kalau kontrak2 bagai nie. Betul tak. Tak kira. Nak beli rumah / tanah sendiri sebagai asset peribadi jugak.Go Go !!!!.
Demi diri sendiri, keluarga, Cici dan anak anak dan juga masa depan. Insyaallah. Semoga dipermudahkan. Now KPI aku ialah apply 2 kerja setiap hari sampai dapat haha. Tapi yang peningnya tu, aku nie Degree in Mathematic. Tapi kerja di Coorporate Communication dan desk aku pulak handle information technology yang berkaitan dengan portal, laman sosial dan new technology. Sometimes, aku handle aduan, media dan politician. Pada masa yang sama, aku minat sangat dengan perbankan islam. Oh tidak. Apa yang perlu aku mohon nie?.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +