Hadis Riwayat Bukhari menyebut, dari Ibnu Abbas: ‘Bahawa jarak antara Adam dan Nuh adalah 10 abad, di mana semua orang pada masa itu adalah memeluk Islam’.
Setelah itu, keadaan berubah di mana, manusia mula menjadi penyembah berhala. Firman Allah SWT dalam Surah Nuh ayat 23, maksudnya: Dan mereka berkata, ‘ jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd dan jangan pula wasaa, yanghuts, yu’uq dan nasr’.
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan: ‘Wadd, Yughuts, Ya’uq, Suwaa’ dan Nasr adalah anak-anak Adam. Dan Wadd adalah anak tertua.’
- Niat dan Cara Mudah Mandi Wajib Mengikut Hadis
- Pancut Luar – Hukum Memancutkan Air Mani di Luar Faraj
- Apa Hukum Perbuatan Suami Meliwat Isteri – Seks Anal
- Suami Isteri – Hukum Mengisap Kemaluan dan Telan Air Mani
- Kreatif – 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari
Mengenai Wadd, Abu Ja’far berkata: ‘Dia adalah orang yang soleh, yang sangat dicintai di tengah-tengah kaumnya. Setelah dia meninggal dunia, mereka beriktikaf (berdiam diri) di sekitar makamnya di daerah Babil serta berkabung atas kematiannya.’
Iblis yang melihat kesedihan atas kehilangan Wadd kemudiannya menyerupai manusia dan berkata kepada mereka: ‘Sesungguhnya aku mengetaui apa yang kamu rasakan atas kematian orang ini (Wadd). Bagaimana kamu sekiranya aku gambarkan suatu gambar sama dengannya, hingga dia boleh selalu berada di tengah-tengah majlis kamu dan kamu pun selalu ingat kepadanya?’
Mereka menjawab: ‘Ya.’
Kemudian Iblis pun menggambar suatu gambar (membuat patung) yang sama dengan Wadd. Seterusnya mereka meletakkannya di tengah-tengah majlis mereka, sehingga mereka selalu mengingati Wadd. Kemudian, Iblis berkata: ‘Apakah kamu mahu aku membuatkan di rumah kalian masing-masing satu patung yang sama dengannya, sehingga kamu dapat mengingatinya di rumah masing-masing?’
Mereka menjawab: ‘Ya. Mahu.’
Lalu Iblis pun membuat setiap keluarga satu patung yang sama menyerupai Wass, sehingga mereka menghadap padanya dan mengingatinya. Apa yang mereka lakukan itu disaksikan oleh anak-anak mereka.
Baca: Kisah Nabi Adam: Taubat Adam dan Turun ke Bumi
Seterusnya, mereka pun menghasilkan keturunan yang ramai dan mengajar anak-anak akan bagaimana untuk mengingati Wass sehingga akhirnya anak cucu mereka menjadikannya sebagai Tuhan yang mereka sembah selain Allah. Oleh itu, patung yang pertama kali disembah selain Allah adalah patung yang mereka namakan sebagai Wadd.
Lambat laun, patung-patung ini dibuat dengan lebih kukuh dan kekal yang akhirnya disembah sebagai Tuhan selain Allah dalam pelbagai kaedah dan cara. Setelah pelbagai kerosakan dan penyembahan patung-patung berhala, maka Allah pun mengutuskan Nabi Nuh as untuk berdakwah dan menyeru manusia agar kembali kepada fitrah iaitu menyembah dan tidak menyekutukan Allah SWT.
Baca: Himpunan Doa Selamat – Ringkas, Rumi
Ketika Ummu Salamah dan Ummu Habibah menyebutkan di sisi Nabi Muhammad SAW mengenai gereja yang mereka lihat di daerah Habsyah yang diberi nama Mariyah, serta menyebut keindahan gambar-gambar di dalamnya, Rasulullah bersabda, maksudnya: Mereka itulah suatu kaum yang jika ada orang soleh di antara mereka yang meninggal dunia, maka mereka mendirikan masjid di makannya itu, lalu mereka melukiskan gambar-gambar di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat manusia di sisi Allah SWT.’ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Kisah Nabi Nuh: Sejarah Awal Penyembahan Berhala Kisah Nabi Nuh: Sejarah Awal Penyembahan Berhala