KOWLOON MOSQUE & ISLAMIC CENTRE HONG KONG

page4

 

Bangga pula aku dengan tersergam megahnya Kowloon Mosque and Islamic Centre ini di Tsim Sha Tsui. Kiranya masjid ini merupakan salah satu mercu tanda kawasan ini. Tersergam indah masjid ini dikelilingi bangunan bangunan serba mewah dan moden. Siapalah orang yang bermurah hati membina masjid ini.

page5

Bangunan ini kalau tidak silap ada 4 tingkat. Not sure. Ini berdasarkan kepada pemerhatian aku. Terletak betul betul di hadapan pondok menunggu bas. Kawasan Tsim Sha Tsui ini dah macam Bukit Bintang kalau di Malaysia. Tak ke hebat kalau tetiba je kat Bukit Bintang tu terbina satu masjid besar dan tersergam indah.

page6

Kitorang sempat solat Isyak kat sini. Sambil sambil tu dok tengok kawasan persekitaran yang ada di masjid ini. Kebanyakan orang islam yang ada disini datang daripada Ais Selatan dan Afrika rasanya. Diorang berkumpul dan berbincang dalam kumpulan. Memang ini amalan Tabligh. Rasanya diorang datang berdakwah saentero dunia kot. Syukurlah.

page1 page2 page3

Nama pun Islamic Centre. So, disini memang ada kemudahan pembelajaran islam + tempat tidur + madrasah. So, no wonder lah tempat ini jadi tumpuan para pendakwah. Islam ada di bumi Hong Kong. Syukurlah.

Memang kemas dan teratur. Selesa

FYI, salah satu sebab kami mengambil keputusan untuk tinggal di Chungkin Mansion adalah masjid ini. Memang sangat dekat dengan masjid. Alasannya, nak tengok perkembangan islam disini + makanan halal. Gitew.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI