Jarak perjalanan yang perlu ditempoh antara Kuala Lumpur – London yang kami tempohi adalah kira-kira 10,798 km.
Anggaran masa perjalanan pula adalah dalam lingkungan 13 jam 45 minit. Awalnya kami dijangka sampai pukul 5.30 ptg waktu London. Tapi tengok paparan skrin nampak macam berganjak kepada 5.37 ptg waktu London.
Beza waktu Malaysia dan United Kingdom ialah -8. Jadi mudah je ler, tolak je dengan 8 haha.
Tatkala ini, ketinggian penerbangan ini sekitar 11,000 dari paras laut. Kalau ikut kepada pengumuman pilot, katanya ketinggian penerbangan akan mencecah 40,000.
Mungkin ketinggian seumpama itu dikawasan yang berisiko kot. Sebab dah separuh perjalanan, ketinggian tetap sekitar 11,000.
Memang bosan amat kat dalam nie. Makan dan minum dan minum dan minum…kemudian kencing. Sejuk yang amat dikkk. Telinga aku berdengung. Harap kesihatan baik baik sahaja.
Sebaik sahaja sampai, kami akan terus ke Victoria Station untuk sambung perjalanan ke Paris pula. Sebelum tu memang kene cari tuala kat mana-mana sebab tempat penginapan kami tidak disediakan tuala mandi. Ter mizzz kat situ. Tak bawa…