Anak kucing aku yang bernama Mia telah selamat melahirkan 4 ekor anak pada hari rabu lepas (rasanya). Tapi 2 ekor mati. Sedih dan sentap.
Hairan cz Mia ini jenis yang suka beranak sendiri. Im sure, kalau dia nak beranak bertemankan tuannya, kesemua anak anaknya akan hidup sihat walafiat. Insyaallah.
Aku sendiri tak sangka yang Mia akan beranak pada waktu petang – sekitar jam 5 petang camtu.Kawan aku temui dia sedang beranak di bawah almari TV dengan 2 ekor anaknya yang telah selamat lahir (hidup).
Sambil mengelap kesan darahnya, baru kami perasan yang Mia rupanya telah beranak dulu ditempat lain. Ada seekor bangkai anak kucing kay situ. Cukup segala sifat dan tali pusat pun sudah putus. Sah, anak kucing tu sebenarnya hidup time dilahirkan. Tapi oleh kerana Mia abaikan dia dalam tempoh yang lama, terus mati.
Aku pun terus alihkan mia dan anak anaknya ke dalam bilik diorang. Nampak smooth je prosesnya. Cz aku pun memang ada pengalaman. Cuma, agak susah sedikit nak paksa dan pujuk mia supaya menyusukan anak dia. Kene paksa dikkk, nanti mati kelaparan pulak anak anak dia tu.
Pada masa yang sama, aku rasa macam perut mia still besar lagi. So, aku get ready dengan tempat untuk dia beranak nanti.
Memang sah, keesokan harinya aku jumpa seekor bangkai anak kucing kat tempat tu. Mia tak pandai nak handle anak yang baru lahir rasanya nie. Pandai beranak, tapi tak reti nak jaga / susukan.
Aku memang sudah menjangkakan situasi kematian anak camnie. Time cici dulu, aku siap cuti semata mata untuk pastikan anak anak kucing yang baru lahir / mak kucing selamat melahirkan anak. Gigih duduk lepak dengan kucing tu.
Tapi sekarang? Kekangan masa membataskan aku untuk melakukan rutin yang selalu aku buat dahulu. Sedih dan kesian.