Percaya tak? Si Kucing Comel juga boleh terkena penyakit kencing manis. Peratusan terkena penyakit ini lebih tinggi untuk si kucing comel yang telah tua dan obesiti. Manakala dari segi jantina pula, kucing jantan punya risiko sebanyak dua kali ganda berbanding kucing betina
Tanda-Tanda Kucing Comel Hidap Penyakit Kencing Manis
- cepat letih
- berat badan turun mendadak
- makan secara berlebihan
- sering kencing atau kencing dengan banyak
- kuat minum air
- kekurangan air dalam badan (dihirasi)
- Bola mata kelihatan berkelabu (katarak mata)
Jika ada terjumpa tanda-tanda seperti diatas, terus bawa kucing comel berjumpa ke klinik veterinar dengan segera. Selalunya, doktor akan mengambil ujian air kencing dan darah untuk tujuan pemeriksaan / pengesahan berkaitan.
Cara Penjagaan Kucing Comel Yang Mengidap Penyakit Kencing Manis
Cara penjagaannya adalah lebih kurang sama dengan manusia iaitu melalui det ataupun suntikan insulin. Jika tahap biasa, doktor akan menasihati anda supaya berikan makanan yang tinggi serat dan mengandungi karbohirat kompleks yang senang berubah menjadi gula / glukosa. Tapi kalau teruk, kene cucuk insulin. Sedih