Kucing Takut Kepada Timun

Kucing Takut Kepada Timun – Sebelum ini viral video yang merakamkan aksi-aksi kucing terperanjat ketakutan sampai ada yang melompat apabila terlihat timun

Tapi apakah benar kucing takutkan timun? Adakah kucing mempunyai sejarah tersendirinya dengan timun sehinggakan mereka sanggup melompat sehingga sedemikian rupa?

Kucing Takut Kepada Timun

Pakar tingkah laku haiwan, Dr Roger Mugford ada jawapannya mengenai persoalan kucing takut kepada timun atau tidak. Menurut Mogford, bukan sahaja timun malah apa-apa sahaja; termasuk tembikai atau nenas; jika diletak di belakang kucing secara senyap-senyap akan menakutkan mereka.

Kucing Takut Kepada Timun

“Bagi saya, tindak balas sedemikian disebabkan oleh kucing-kucing itu tidak menyangka mereka akan terserempak dengan satu objek tidak dikenali yang diletakkan secara rahsia ketika kepala mereka sedang tunduk di tempat makan”

“Kucing mempunyai perasaan curiga terhadap benda yang tidak mereka kenali : Ia termasuklah seperti binatang berbahaya seperti ular atau pemangsa lain. Saya rasa tindak balas yang sama akan diberikan kepada patung labah-labah, ikan plastik ataupun topeng muka.” – kata Mugford.

Jadi, bolehlah anda mencuba sekali lagi kaedah ini kepada kucing anda. Bagi mereka makan makanan di dalam bekas, kemudian secara senyap-senyap, letakkan timun di belakang mereka.

Jana Pendapatan Melalui Bisnes Online

Aku sudah cuba sekali. Tapi masih tidak berjaya sampai sekarang sebab kucing banyak. Masing-masing alert antara satu sama lain.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI