KUCING VS PRODIET

Ini adalah pertama kali aku bagi makan kucing aku ini makanan basah berjenama ProDiet. Aku beli semalam rasanya di MESRA Petshop Seksyen 7 Bangi 🙂

Harganya murah je..RM1.20 untuk setiap 85g – sangat murah berbanding dengan makanan dalam tin 🙂 Saya mesti pilih

So far, apa yang aku tengok…ada 3 jenis perisa iaitu : – Ikan kembung, Tuna Segar dan juga Ikan laut. ProDiet ini diperbuat daripada ikan segar, tiada bahan pengawet dan yang penting ia mengandungi Omega-3 yang baik untuk penglihatan dan kepekaan kucing kesayangan kita – Katanya.

Korang tengok jelah gelagat Cici Esmidar Gonzales makan ProDiet 🙂 Sangat gelojoh dan tak sabar yeeerrr. Walhal dia memang dah makan Royal Canin semangkuk sebelum tu hahaha. Pengsan. Makan tak cukup kenyang lagi kot. Biasalah…ibu ibu mengandung memang kene banyak makan. Tak gitew

Haaaa… tengok pula gelagat dia selepas menghabiskan sebungkus ProDiet ini 🙂 Menjilat jilat dengan kusyuk. Dia suka rasanya kot. Aku tengok pun macam sedap je hahahaha.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI