Kat mana je nak makan sup sedap di area Bangi / Putrajaya. Makcik2 office suggest kedai kat medan selera yang bersebelahan dengan Balai Polis Dato’ Abu Bakar Baginda. Sedap katanya.
Aku tengok, kat medan selera ini ada 2 kedai yang specialize dengan sup. Tapi time aku datang tu, kedai Laman Aneka Sup Berempah je yang bukak. Khabarnya, mana mana kedai tak kisah. Rasanya lebih kurang sama je.
Aku tengok list harga kat kedai nie pun murah. Kira berbaloi dan sesuailah tu kot.
Nyum nyum. . . .terbukti memang tak sia sia pekena sup kat sini. Sedap dan pedas. Cukup semua sifat sifat kepekatan dan kepedasannya haha. Mee Hoon Sop Daging yang aku beli hanya berharga RM4.50 sahaja. Berbaloi baloi dan memang murah.