Lapangan Terbang Heathrow ke Victoria Coach Station

Berdasarkan kepada pembacaan, aku rasa pengangkutan awam di  London sangat efektif. Jadi, serba serbi tidak susah untuk hendak ke satu-satu destinasi. Hanya perlu pilih nak guna jenis pengangkutan awam yang bersesuaian dengan bajet yang ada.

Sebaik sahaja sampai di Heathrow via Malaysia Airline di Terminal 4 kami akan terus pergi ke Victoria Coach Station untuk meneruskan perjalanan menuju ke Paris. Dengan kata lain, kami akan bermalam dalam bus je. Nampak tak penjimatannya disitu? Bagaimana nak pergi ke Victoria Coach Station dari Lapangan Terbang Heathrow London? Ada 6 cara iaitu sama ada menggunakan Heathrow Express, London Underground, Heathrow Connect, National Express coach, Feltham rail link atau taxi.

Logiknya, jenis pengangkutan yang paling murah adalah dengan menaiki bus (National Express coach). Lagipun kami tidak begitu tergesa-gesa. Insyaallah…kita gunakan perkhidmatan bus sahaja. Berdasarkan kepada info yang diberikan, jarak masa perjalanan antara Heathrow dengan Victoria Coach Station jika menggunakan bus adalah sekitar 40 hingga 80 minit.

heathrow_central_bus_station_-_geograph-org-uk_-_582008

Bus pertama yang akan bertolak dari Victoria Coach Station adalah pada pukul 3 pagi dan dijadualkan sampai di Central Bus Station (Terminal 2 & 3) pada pukul 3.40 pagi. Daripada situ, bus dijadualkan sampai di Terminal 5 pada pukul 3.55 pagi dan Terminal 4 pada pukul 4.10 pagi (katanya).

Dari Terminal 4 dan 5 juga, pengunjung boleh pergi ke Terminal 2 dan 3 dengan menaiki Heathrow Express secara percuma. Kekerapan Heathrow Expres adalah 15 minit dan jarak masa perjalanan hanya ambil masa 5 minit sahaja katanya. Kalau nak naik bus pun ada dan percuma juga. Cuma kene tahu nak kene tunggu di perhentian (stop) yang mana satu – Stop 7 @ Terminal 4.

Kadar kekerapan perkhidmatan bus disini tidaklah secekap London Underground dan Heathrow Express. Katanya, Heathrow ini adalah destinasi akhir bus. Jadi, kadar kekerapannya bergantung kepada faktor persekitaran seperti trafik jem etc kot. Sebagai contoh pada awal pagi dan lewat malam, kadar kekerapannya ialah 1 bagi setiap jam. Manakala untuk waktu-waktu lain pula ialah antara 4 dan 5 bus bagi setiap jam.

heathrow_national_express_bus-jpg-pagespeed-ce-ynuptcmcuc
Takpe, nanti kita semak dulu jadual perjalanan dan terus booking via online @ National Express coach. Menariknya, penumpang dibenarkan membawa 2 beg besar (20 kg setiap satu) dan 1 beg bimbit untuk dibawa naik bersama.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI