Seperti yang telah dirancang, hari ini aku berkesempatan untuk membuat lawatan ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur di bawah nama My Tina Project Charity.
Aku sertai lawatan ini pun secara kebetulan. Just wanna gain some new experiance about charity. Honestly, aku sendiri pun pada awalnya tidak tahu apa itu pediatrik.
Tapi selepas diterangkan oleh orang yang bertanggungjawab dalam My Tina Project Charity ini, barulah aku tahu bahawa pesakit pesakit yang ada disini terdiri daripada kanak kanak yang kebanyakannya menghidap penyakit barah / leukemia. Ini berdasarkan apa yang aku faham dan dgr melalui penerangan daripada beliau. Khabarnya beliau ada blog dan facebook berkaitan dengan kanak kanak ini. Insyaallah, jika ada kelapangan nanti aku akan terjah / lihat / bantu apa yang termampu.
Suatu pengalaman berharga buat aku yang jarang jarang datang ke hospital ini. Kalau datang pun cz melawat kawan atas kawan. Pengalaman yang datang secara tiba tiba tapi cukup berharga.
Sayu dan touching tatkala mengagih agihkan hadiah kepada kanak kanak ini. Lucky ada ibu atau penjaga mereka. Aku agak kekok sebenarnya untuk.beramah dengan orang yang baru pertama kali aku jumpa / kenal. Lucky kami pergi ramai ramai dan orang orang yang datang under My Tina Project Charity ini pun semuanya nampak sporting dan ikhlas. I can felt it. Lebih lebih lagi Puan yang mengasaskan My Tina Project Charity.
Bulan ramadhan ini + suasana lebaran yang bakal kunjung tiba ini, memang syok dan puas kalau dapat share something dengan kanak kanak atau keluarga pesakit ini. Semoga semuanya cepat sembuh. Insyaallah